BTC USD 61,165.8 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jawatan Timbalan Speaker menjadi fokus utama pihak kerajaan & pembangkang

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,376
Reaction score
15,064
Points
1,906
1629698124983.png


Sidang Parlimen berlangsung seperti ditetapkan - Rashid​

Diterbitkan 23 Aug 2021, 1:46 pm



Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang dijadualkan bermula 6 September ini akan berlangsung mengikut jadual ditetapkan.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah perdana menteri yang baru dilantik perlu secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.
"Setakat ini tiada notis perubahan dan tiada notis baharu dikeluarkan. Jika ada perubahan dari Ketua Majlis, Yang Dipertua Dewan Rakyat akan mengeluarkan pemakluman," kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon yang dipetik Berita Harian Online hari ini.

Seri Paduka Baginda pada 18 Ogos lalu, turut bertitah bahawa perdana menteri yang telah dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Dua hari kemudian, Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakub dilantik sebagai perdana menteri baru menggantikan Muhyiddin Yassin setelah dikatakan mendapat sokongan daripada 114 ahli parlimen.

Dia mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, kelmarin.

Al-Sultan Abdullah dilaporkan memberi perkenan pelantikan Ismail Sabri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Takwim dan Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di portal rasmi Parlimen, memaparkan bahawa Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-14 akan berlangsung bermula 6 hingga 30 September ini.

 
Kerajaan tidak akan sesekali memberi ruang kepada calon bukan kerajaan bagi mengisi jawatan berkenaan walaupun terdapat desakan supaya calon daripada pembangkang dipertimbangkan, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

[EKSKLUSIF] Ahmad Maslan sah calon tunggal Timbalan Speaker Parlimen​

Kerajaan tidak akan sesekali memberi ruang kepada calon bukan kerajaan bagi mengisi jawatan berkenaan walaupun terdapat desakan supaya calon daripada pembangkang dipertimbangkan, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.​


08 September 2021

1631083742729.png


Ahmad merupakan calon tunggal daripada blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen minggu hadapan.


[EKSKLUSIF] SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan calon tunggal daripada blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen minggu hadapan.

Jelas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, pencalonan Ahmad bagi menggantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan dua minggu lalu adalah satu keputusan tepat kerana kerusi itu masih perlu diisi oleh calon blok kerajaan.

Tambahnya, kerajaan juga tidak akan sesekali memberi ruang kepada calon bukan kerajaan bagi mengisi jawatan berkenaan, walaupun terdapat desakan supaya calon daripada pembangkang dipertimbangkan.
Beliau turut difahamkan bahawa bekas Timbalan Speaker Parlimen, Nga Kor Ming bakal dicadangkan oleh blok pembangkang untuk menduduki semula kerusi itu melalui proses pemilihan baharu di Parlimen kelak.


"Kerusi Timbalan Speaker Parlimen masih perlu diisi dengan calon kerajaan dengan kita tidak akan sesekali memberi jalan kepada calon pembangkang mengisinya.

"Kita akan memilih Ahli Parlimen Pontian ini sebagai calon tunggal blok kerajaan dengan pembangkang dijangka akan mencadangkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.

"Dalam isu ini, pembangkang tidak perlu cakap banyak kononnya kerajaan perlu lebih terbuka menerima calon mereka untuk mengisi jawatan Timbalan Speaker Parlimen. Ini kerana sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH), mereka sendiri pun langsung tidak beri ruang kepada kami sebagai pembangkang ketika itu," katanya eksklusif kepada Sinar Premium pada Rabu.




1631083792218.png


Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari bahawa pihak kerajaan akan mencadangkan Ahmad sebagai calon Timbalan Speaker Parlimen pada persidangan Parlimen akan datang.

Jelas Abdul Aziz lagi, cadangan itu akan meninggalkan kesan kepada kemuliaan dan ketinggian Parlimen sebagai badan perundangan negara.

Selain itu, Naib Pengerusi DAP Perak itu berpandangan keputusan melantik seseorang yang masih terpalit dengan 'kluster mahkamah' akan menjadikan Parlimen bahan jenaka di dalam dan luar negara.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri turut membidas sikap retorik pembangkang yang hanya menuntut kerajaan melakukan reformasi dan pembaharuan dalam amalan demokrasi, sedangkan mereka masih berada di takuk politik lama.

Ujarnya, keputusan PH melantik seorang hakim yang didakwa anti kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi Speaker Parlimen sewaktu menjadi kerajaan sepatutnya menjadi ukuran 'keikhlasan' sebenar koalisi itu di mata rakyat.

"PH tidak pernah amal pun apa yang mereka tuntut dan cakap. Jangan sekadar lihat sesuatu perkara itu adil hanya setelah dilakukan kerajaan, sedangkan mereka sendiri pun langsung tidak membawa pembaharuan apa-apa sewaktu menjadi kerajaan," katanya.

"Dalam isu ini, pembangkang tidak perlu cakap banyak kononnya kerajaan perlu lebih terbuka menerima calon mereka untuk mengisi jawatan Timbalan Speaker Parlimen." - Mohamed Nazri​

Ditanya sama ada pelantikan Ahmad akan memberi implikasi buruk kepada kerajaan susulan beliau antara pemimpin terpalit kes mahkamah, Mohamed Nazri tidak melihat perkara itu satu isu yang perlu diperbesarkan.

Tambah beliau lagi, selagi mana Ahli Parlimen Pontian itu belum disabitkan atas kes mahkamah dihadapinya dan masih berstatus wakil rakyat, maka Ahmad berhak dilantik sebarang jawatan kerajaan.

"Mengenai kes perbicaraan mahkamah membabitkan Ahmad, saya pun tidak tahu kedudukan terkini perbicaraan kes beliau.
"Bagi saya, selagi beliau belum disabitkan hukuman, tidak ada masalah. Kalau beliau masih mengekalkan status ahli Parlimen, mengapa Ahmad tidak boleh dilantik menjadi Timbalan Speaker Parlimen?," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri turut mengenepikan spekulasi pihak pembangkang ada mengemukakan usul menukar Speaker Parlimen pada persidangan Parlimen minggu hadapan.

"Setakat saya tahu, tiada usul menukar Speaker Parlimen daripada pihak pembangkang pada sidang Parlimen minggu hadapan.
"Kita akan kekalkan Speaker Parlimen sedia ada, Datuk Azhar Azizan Harun seperti sediakala," katanya.

1196954.jpg

DR HAMIDIN


Sementara itu, Felo Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid memberi pandangan berbeza dengan Mohamed Nazri, sebaliknya beliau bersetuju dengan pendapat dilontarkan Abdul Aziz.

Jelas beliau, UMNO sebenarnya perlu bertindak matang dengan tidak memilih calon Timbalan Speaker Parlimen yang mempunyai 'baggage' seperti Ahmad untuk diketengahkan sebagai wakil blok kerajaan.

"Saya rasa seharusnya sesiapa sahaja yang memegang jawatan di Dewan Rakyat perlu bersih daripada sebarang pendakwaan kes mahkamah bagi membolehkan integriti Parlimen dipelihara.

"Hal ini kerana sesiapa yang dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Parlimen tidak lagi terikat dengan jawatan dalam parti, sebaliknya perlu bersikap neutral dan telus dalam menguruskan perjalanan dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.
"Selain itu, calon Timbalan Speaker Parlimen sepatutnya mempunyai latar belakang perundangan bagi membolehkan individu berkenaan menjalankan tugas itu dengan sebaiknya," katanya.

Dalam pada itu, Hamidin turut mempersoalkan keputusan UMNO untuk tidak mencalonkan ramai lagi pemimpin parti yang bukan terdiri 'kluster mahkamah' serta berkemampuan besar menggalas tanggungjawab berkenaan berbanding Ahmad.
"Saya berpandangan mungkin pemimpin seperti bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul An
uar Nasarah antara calon-calon yang layak diketengahkan UMNO selain pertimbangan mengembalikan Azalina sendiri.

"Selain itu, saya juga skeptikal dengan keperluan UMNO menganggap jawatan Timbalan Speaker Parlimen adalah kuota jawatan milik parti itu dan pandangan itu tidak betul," katanya.



Tiada keperluan mengabsahkan pelantikan PM – Peguam Negara​


September 4, 2021

1630753503188.png


TIADA keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang.


Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, tatacara penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat telah pun diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Sendiri.

Bagi tujuan tersebut, kata beliau, Seri Paduka telah pun mengadakan sesi menghadap bersama ketua-ketua parti politik utama negara pada 17 Ogos di mana kesemua 220 ahli-ahli Dewan Rakyat telah diminta menyatakan nama ahli Parlimen yang diberikan kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri menerusi surat akuan.

Menurut Idrus, susulan penerimaan surat akuan tersebut, Seri Paduka telah berkenan menerima menghadap seramai 114 ahli Dewan Rakyat untuk mengesahkan kepercayaan kepada Ismail Sabri yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sekiranya pelantikan Perdana Menteri baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka, ini bermakna kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong boleh diatasi pihak lain.




“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Idrus berkata, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Ismail Sabri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa budi bicara kepada Seri Paduka untuk melantik Perdana Menteri harus dibaca bersama Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan adalah Perdana Menteri hendaklah dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Ternyata sekali pelantikan Perdana Menteri merupakan tanggungjawab Perlembagaan dan kuasa mutlak Seri Paduka,” jelas beliau.



The Ahmad Maslan

14m ·

Dapat Notis daripada SU #DewanRakyat

..bahawa Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat yang dijadualkan pada 6 hingga 30 September 2021 (15 hari) telah dipinda kepada 13 Sept hingga 12 Oktober 2021 (17 hari).

Termasuk Titah Di-Raja, Usul Menjunjung Kasih serta Rancangan #Malaysia ke-12, RUU dan lain-lain

1630389771298.png

1630389779744.png

1630389787569.png

1630389795763.png

Dewan Rakyat sepatutnya bersidang pada 6 September.

Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan seminggu​





August 30, 2021 11:52 PM

1630338960875.png


PETALING JAYA: Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula Isnin depan ditangguhkan sehingga 13 September.

Perkara itu dimaklumkan dalam surat kepada Ahli-ahli Parlimen daripada Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin, namun tiada sebab diberikan.

Undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dijangka diadakan pada persidangan berkenaan.




BERITA LANJUT MENYUSUL


Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,376
Reaction score
15,064
Points
1,906
notis utk usul sidang percaya tu better dihantar
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,572
Reaction score
2,917
Points
206
notis utk usul sidang percaya tu better dihantar

Dah ade kenyataan rasmi yg paling baru ke cmm dari Agong?
Mcm pelik pulak buat 2 bende yg sama
Agong lantik dan undi percaya
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,376
Reaction score
15,064
Points
1,906
Dah ade kenyataan rasmi yg paling baru ke cmm dari Agong?
Mcm pelik pulak buat 2 bende yg sama
Agong lantik dan undi percaya

tn akecema, kenyataan Agong adalah masa ketua ketua parti politik mengadap Agong tu

yg Agong lantik tu adalah mematuhi peruntukan perlembagaan. tu dah complete

cuma yg usul undi percaya ni utk menguatkan kedudukan PM
 

cariemas100

Active Member
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,114
Reaction score
360
Points
41
kena buat undi percaya dalam parlimen.
supaya xde beruk mroyan2 ajak lembu berdemo tengah dataran desak pm suh letak jawatan sebab xde majoriti.

dengan adanya undi percaya ini, maka terhapus la satu modal anwar nak buat huru hara hasut sana sini. kena cari modal lain pulak lepas nie
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,376
Reaction score
15,064
Points
1,906
1629767186347.png


Azalina sahkan letak jawatan sebagai timbalan speaker​

Diterbitkan 23 Aug 2021, 10:56 pm

Dikemaskini 23 Aug 2021, 11:03 pm



Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mengesahkan peletakan jawatannya sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Azalina berkata dia berharap pengundurannya membolehkan "reset" pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

"Dengan pelantikan perdana menteri baru dan tuntutan orang ramai yang kuat dan jelas untuk kerjasama pelbagai parti, saya mengundurkan diri hari ini untuk mengosongkan kerusi saya.

"(Ini) agar kerajaan dan pembangkang memiliki lebih banyak ruang untuk 'reset' Dewan Rakyat kita sehingga Dewan pada Ogos ini dapat benar-benar berfungsi sebagai forum persaingan yang profesional dan kerjasama antara parti mengenai dasar dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Azalina berkata, peristiwa sejak 17 bulan lalu membolehkannya merenung kecacatan institusi parlimen dan akan menyokong segala usaha pembaharuan.

Dia mengumumkan pelantikan jawatan sebagai timbalan speaker susulan penubuhan kerajaan baru berikutan pelantikan perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden Umno.

Azalina adalah antara 15 ahli parlimen Umno yang menarik balik sokongan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan berusia 17 bulan yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), BN, PAS, GPS, PBS dan Ahli Parlimen bebas.

Seramai 14 daripada 15 ahli parlimen Umno, termasuk Azalina, kembali semula kepada gabungan itu selepas bersetuju Ismail Sabri dilantik sebagai perdana menteri yang baru.

Tidak jelas apakah Ismail akan melantik Azalina ke dalam kabinetnya.

Sebelum menjadi timbalan speaker Dewan Rakyat, Azalina mempunyai pengalaman yang lama dalam kerajaan.
Dia pernah berkhidmat sebagai menteri belia dan sukan dari tahun 2004 hingga 2008 dan menteri pelancongan dari tahun 2008 hingga 2009.

Dia juga pernah dilantik sebagai menteri undang-undang dari tahun 2016 hingga 2018.

Ismail Sabri hari ini berkata dia masih mempertimbangkan senarai kabinet baru.

Dia berjanji senarai ittu akan dimuktamadkan dalam minggu ini, sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,376
Reaction score
15,064
Points
1,906
1629858292118.png


K'jaan boleh pertimbang calon pembangkang jadi timbalan speaker- Shahidan​

Diterbitkan 25 Aug 2021, 10:00 am



Kerajaan boleh mempertimbangkan calon daripada pembangkang untuk mengisi kekosongan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat yang kosong ekoran peletakan jawatan Azalina Othman Said, kata Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kasim.
“Kita akan lihat apa yang dicadangkan pembangkang.

“Ia (calon yang dicadangkan) akan dipertimbangkan sekiranya maklum balasnya sama seperti bagaimana maklum balas setiausaha agung DAP Lim Guan Eng terhadap tawaran untuk mengisi Majlis Pemulihan Negara,” katanya seperti dipetik akhbar The Star.

Shahidan yang merupakan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan PN (PNBBC) ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, hal itu selaras dengan pendekatan “Keluarga Malaysia” yang dianjurkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Tambahnya, besar kemungkinan jawatan timbalan speaker akan diputuskan oleh wakil rakyat apabila Dewan Rakyat bersidang pada 6 Sept nanti.

“Terpulang pada kabinet untuk memutuskan soal calon itu,” katanya menambah bahawa pihak lain turut boleh mencadangkan calon bagi jawatan itu.

Lim sebelum ini berkata DAP bersedia mempertimbangkan tawaran berkenaan, asalkan ia bukan sekadar mencukupi syarat dan mengiakan pandangan kerajaan semata-mata.

Pada 23 Ogos, Azalina meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker susulan pembentukan kerajaan baru dan pelantikan Ismail sebagai perdana menteri.

Azalina antara 15 ahli parlimen Umno yang menarik sokongan kepada Muhyiddin menyebabkan gabungan kerajaan yang terdiri daripada PN, BN, PAS, PBS dan ahli parlimen bebas tumbang.

Dalam ucapan pertama sebagai perdana menteri, Ismail Sabri menekankan konsep “Keluarga Malaysia” dan menggesa ahli parlimen kerajaan dan pembangkang bekerjasama.

Dia juga menawarkan untuk melibatkan pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 serta Majlis Pemulihan Negara, dan bersedia bertemu mereka bagi membincangkan mengenai perinciannya.

Sementara itu, speaker Dewan Rakyat Azhar Harun mengesahkan notis telah dihantar kepada wakil rakyat untuk memilih calon mereka bagi jawatan timbalan speaker.

“Sekiranya hanya ada satu calon, tak perlu undian. Prosedurnya ringkas. Semua ahli parlimen boleh menamakan satu calon dengan memberikan notis, seeloknya notis 14 hari.

“Jika ada lebih dari satu (calon), akan ada undian menerusi ballot tetapi tiada bahas,” katanya.

Tambahnya, pelantikan timbalan speaker baru akan menjadi agenda utama dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
DEWAN RAKYAT | Sidang Parlimen Kekal Mula 6 September

Dewan Rakyat tidak menerima sebarang makluman berhubung perubahan tarikh Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14 daripada ketua majlis yang baharu iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setakat ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, justeru tarikh mesyuarat sedia ada kekal iaitu pada 6 September depan berdasarkan takwim dan aturan urusan mesyuarat yang dikeluarkan sebelum ini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,376
Reaction score
15,064
Points
1,906
Ahli Parlimen Pengerang berkata ia sebagai tanda muhibah dan peluang untuk 'reset' sidang Dewan Rakyat akan datang.

Tawar jawatan timbalan speaker pada pembangkang, kata Azalina​



Dikemas kini 36 minit yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 11:38AM · 0 Komen

1629951280971.png


Azalina Othman Said berkata peletakan jawatannya akan memberi ruang kepada kerajaan dan pembangkang untuk tetapkan semula fungsi Dewan Rakyat pada persidangan September depan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Ogos, 2021.

PUTRAJAYA perlu menggantikan timbalan speaker Dewan Rakyat dengan ahli Parlimen pembangkang menerusi usul yang dibawa oleh kerajaan, kata Azalina Othman hari ini.

Bekas timbalan speaker, yang meletakkan jawatan pada 23 Ogos lalu berkata peletakan jawatannya akan memberi ruang kepada kerajaan dan pembangkang untuk menetapkan semula (reset) fungsi Dewan Rakyat pada persidangan September depan.

 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,010
Reaction score
2,747
Points
201
Kalau zaman Mahiaddin boleh jadi Parlimen tangguh lagi.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register