BTC USD 28,009.5 Gold USD 1,968.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jawatan Perdana Menteri tidak berubah, tapi TPM yang akan berubah - Khairy

sir_hepi

Active Member
Messages
1,995
Joined
Nov 30, 2018
Messages
1,995
Reaction score
433
Points
51

KJ beri bayangan UMNO akan sokong Kerajaan Perpaduan jika beliau menang jawatan Presiden​


KJ beri bayangan UMNO akan sokong Kerajaan Perpaduan jika beliau menang jawatan Presiden

Khairy menegaskan, sekiranya beliau menjadi Presiden UMNO, tiada perubahan dalam jawatan Perdana Menteri namun tidak menolak kemungkinan ada perubahan pada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi bayangan UMNO akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan sekiranya beliau dan rakan sekutunya memenangi jawatan Presiden parti itu.
Menerusi ciapan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, Khairy dikatakan berkata demikian ketika berucap pada program Regional Outlook Forum 2023 di Singapura pada Selasa.

Dalam ucapan sama, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan menegaskan sekiranya beliau menjadi Presiden UMNO, tiada perubahan dalam jawatan Perdana Menteri namun tidak menolak kemungkinan ada perubahan pada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu, berdasarkan video yang tersebar di media sosial, Khairy ketika berucap dalam majlis itu menegaskan, pemilihan kali ini adalah 3R untuk UMNO iaitu 'Reform, Relevan atau Rest In Peace'.
"Jadi kita pergi ke pemilihan ini, dengan harapan dapat menentukan hala tuju baharu untuk UMNO

“Sekarang ada kebimbangan dan kebimbangan ini disuarakan mereka yang rasional, mengatakan sekiranya ada perubahan kepimpinan UMNO, ia akan membawa ketidakstabilan politik.
“Ini kerana ia akan menjurus kepada kejatuhan kerajaan, yang akan membawa kepada satu lagi “Langkah Sheraton” dan kerajaan baharu akan mentadbir dan Perdana Menteri baharu akan angkat sumpah.
“Anthony (Anthony Loke), saya mahu katakan ini dengan jelas, di hadapan semua tetamu bahawa jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan Presiden, meneraju tampuk pemerintahan UMNO, kita akan terus sokong Kerajaan Perpaduan, Anwar Ibrahim dan kepada anda,” katanya dalam ucapan itu.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga menegaskan beliau mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

Begitupun, Khairy menyatakan masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding jawatan Presiden atau tidak.
Menurut Kian Ming lagi, Khairy juga berkata beliau mahu kerajaan yang ada sekarang terus bertahan dan kekal stabil.

Pemimpin UMNO itu juga menegaskan beliau tidak menyokong sebarang usaha di belakang tabir untuk menukar kerajaan.
 
Sponsored Post

apoeki

Legendary Member
gem
Messages
11,558
Joined
Aug 7, 2012
Messages
11,558
Reaction score
1,538
Points
201

cotek21

Active Member
Messages
1,032
Joined
Dec 28, 2020
Messages
1,032
Reaction score
350
Points
51
Mamat ni menyibuk je...
Buang saja , tak terjejas pun pada umno.
Paling takda kes boleh buat cerita mamst ni mslancap dalam hotel. Boleh dijadikan alasan utk pecat.

Mamat ni takda masa depan dh, bala dah datang bertimpa2. Dah kena laknat berkat doa orang2 dipaksa cucuk vaksin
 

Guys Peace

Active Member
Messages
1,713
Joined
Mar 1, 2010
Messages
1,713
Reaction score
58
Points
40
Mamat ni menyibuk je...
Buang saja , tak terjejas pun pada umno.
Paling takda kes boleh buat cerita mamst ni mslancap dalam hotel. Boleh dijadikan alasan utk pecat.

Mamat ni takda masa depan dh, bala dah datang bertimpa2. Dah kena laknat berkat doa orang2 dipaksa cucuk vaksin
Apa masalah ko dengan Vaksin..Satu dunia ambil vaccine dan ulamak kata harus.. Menyampah pulak dengan orang xde otak nie.
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register