BTC USD 38,815.3 Gold USD 1,824.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Jawatan Kosong Profesyen IT Meningkat 300% Sepanjang 2020

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,203
Reaction score
4,099
Points
236
Wabak COVID-19 yang membelenggu dunia dan negara kita mempersembahkan pelbagai cabaran, khususnya apabila bercakap mengenai isu pekerjaan. MDEC, ataupun Malaysia Digital Economy Corporation telah mula mengkaji isu pekerjaan di Malaysia, khususnya dalam sektor teknologi sejak Jun 2020 sehinggalah Mac 2021.

Kajian ini dilakukan melalui lima platform penawaran pekerjaan popular di Malaysia, dan ia didapati bahawa dalam tempoh 10 bulan ini, jumlah pekerjaan didalam sektor digital telah meningkat dari 19,000 pekerjaan kosong sehinggalah 56,000 kekosongan, iaitu peningkatan kerja kosong sebanyak 300 peratus setakat ini.

Pekerjaan paling popular meliputi bidang pembangunan perisian, sains data, perkhidmatan IT dan e-dagang. Dari segi kepakaran yang diingini syarikat-syarikat teknologi dan digital tempatan pula, ia merangkumi bidang analitik, pengembangan perisian serta pengaturcaraan dan pengkomputeran awan.

MDEC-In-Demand-Skills.jpg.webp

Apa yang menarik ialah selain daripada sektor teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia, sektor pasaran, kosmetik, muzik dan tembakau juga telah meningkatkan pengambilan bakat digital sejak tahun lalu. Walaupun begitu, seperti yang dikatakan sebelum ini, sejak Mac 2021, masih lagi ada sebanyak 56,000 pekerjaan digital yang masih belum diisi lagi di pasaran kerja tempatan.

Ini adalah kerana menurut MDEC, 75 peratus daripada pekerjaan-pekerjaan ini memerlukan pekerja yang sudahpun mempunyai pengalaman kerja sebelum ini, dan hanya sekitar 20 peratus daripada syarikat-syarikat ini sedang mencari graduan yang baru sahaja keluar daripada universiti. Selebihnya ialah untuk pelatih yang sedang melalui latihan industri dan belum keluar dari universiti lagi.

Menurut LinkedIn, terdapat sekitar 240,000 profesional IT di sekitar Malaysia, dimana separuh daripada mereka menetap di Selangor dan juga Kuala Lumpur. Terdapat juga taburan profesional-profesional ini yang menempat di Pulau Pinang, Melaka dan juga Johor. Ini adalah kerana negeri-negeri tersebut turut mempunyai universiti dengan program teknologi maklumat yang cukup berkualiti, seperti Multimedia University dan juga Universiti Sains Malaysia.

Diantara graduan dan juga profesional teknologi maklumat di Malaysia, sejumlah kemahiran digital yang popular di kalangan mereka termasuklah sains komputer, teknologi maklumat, Python dan penyuntingan video menggunakan perisian seperti Adobe Premier Pro.

MDEC-Fast-Growing-Skills.jpg.webp

Jawatan paling popular di kalangan bakat digital di Malaysia termasuklah eksekutif, pakar, pengurus pemasaran digital, saintis data, jurutera perisian, ketua bahagian digital dan yang paling menarik ialah YouTuber. Pada tahun lepas sahaja, jumlah profesional teknologi maklumat yang bekerja sebagai freelancer dan juga YouTuber meningkat sebanyak 20 ke 30 peratus.

Cabaran terbesar untuk mengisi kekosongan kerja di syarikat-syarikat teknologi ini ialah khususnya untuk graduan-graduan baru, kerana seperti yang dikatakan sebelum ini, 75 peratus daripada kekosongan ini rata-ratanya perlu diisi oleh mereka dengan pengalaman beberapa tahun bekerja dalam industri tersebut.

Menurut MDEC, cara paling cepat dan mudah untuk graduan-graduan meningkatkan pengalaman mereka ialah melalui mengambil projek-projek kecil terlebih dahulu melalui platform seperti Upwork, Freelancer.com dan juga Fiverr.

MDEC juga telah mewujudkan Direktori Latihan Kemahiran Digital yang menyenaraikan kursus yang telah disemak dan disahkan oleh pengamal teknologi pakar. Pencari kerja dinasihatkan supaya merujuk ke direktori ini manakala pekerja sedia ada juga dapat meningkatkan kemahiran dengan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan.

MDEC juga mengatakan bahawa ia adalah perlu untuk kolej dan universiti tempatan untuk mengubahsuai silibus mereka supaya para pelajar mempelajari ilmu yang lebih relevan dan diperlukan untuk syarikat-syarikat teknologi masa kini.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register