BTC USD 95,762.3 Gold USD 2,898.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jawapan AC Mizal Untuk Kes Dulu

surfer957

Super Active Member
Messages
7,974
Joined
Mar 30, 2008
Messages
7,974
Reaction score
26
Points
70
mainpix1.jpg


Emilia Rosnaida jawab dakwaan dia punca kekeruhan hubungan AC Mizal dan bekas isteri

APABILA pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal, AC Mizal berdepan dengan masalah tuntutan nafkah oleh bekas isterinya sehingga terpaksa naik turun mahkamah, nama Emilia Rosnaida secara tidak langsung turut menerima tempiasnya.

Kononnya, apabila perkara ini menjadi tajuk utama media cetak dan elektronik, isteri kepada AC Mizal ini adalah orang pertama yang dituding jari serta dituduh menjadi punca kepada pergolakan itu.

Bekas pelakon dan model ini dikatakan bersikap mengongkong dan didakwa menjadi dalang di sebalik hubungan yang keruh antara AC dan anak dari perkahwinan pertamanya dulu.

Benarkah wanita berkulit hitam manis ini bersikap sekejam itu? Dan jika benar dia berkelakuan sedemikian rupa, di manakah naluri keibuan Emilia sedangkan dia sendiri mempunyai sepasang cahaya mata serta memahami erti kasih sayang antara anak dan ayah.

Sewaktu menghadiri majlis pembukaan restoran milik suami tersayang, Zucchero di Warisan Cityview Condo, Cheras Ahad lalu, soalan cepu mas ini turut diajukan kepada Emilia. Seperti yang diduga, Emilia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Jelasnya, sebagai isteri adalah menjadi tugasnya untuk memberi sokongan kepada suami di saat dirinya dalam kesusahan dan dia juga tidak akan mengaku kalah kerana dia yakin dirinya berada di pihak yang benar.

Hip: Bagaimana penerimaan Emilia sebagai seorang isteri apabila AC berdepan dengan kes tuntutan nafkah di mahkamah?

Emilia: Sebagai isteri sudah tentu saya kecewa dan marah. Apabila perkara ini berlaku sudah pasti orang akan hanya melihat salah AC dan terus melabelkan AC sebagai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Perlu saya nyatakan bahawa rezeki yang kami peroleh hari ini adalah hasil kerja kami bersama.

Hip: Jadi apa peranan Emilia dalam hal seperti ini?


Emilia: Sebagai pengurus dan juga isteri AC, saya tidak boleh gelabah. Saya akan duduk dan berbincang dengan AC mengenai apakah tindakan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan permasalahan itu. Saya tak mahu bagi dia tension sebab takut nanti akan menjejaskan konsentrasinya ketika membuat persembahan. AC bila dia ada masalah, saya akan lihat dia termenung. Jangan ingat dia sentiasa gembira bermakna dia ambil ringan terhadap apa yang berlaku. Jadi saya tidak boleh biarkan dia layan perasaan begitu keseorangan.

Hip: Emilia sedar tak bila orang menuduh Emilia menjadi punca kepada kekeruhan ini?


Emilia: Saya tahu, ramai yang menuduh saya yang jahat dan menjadi punca kepada permasalahan ini. Ada yang mengatakan saya yang mengongkong AC dan tidak benarkan AC berjumpa dengan anaknya yang dua orang itu. Tidak, saya tidak pernah bersikap begitu. Saya tidak kisah. Ada juga yang berkata kononnya AC takut dengan saya dan disebabkan itulah dia banyak mendengar cakap saya. Itupun tidak benar. Sebenarnya, apabila kami bekerja, kami bersikap profesional dan AC tidak menganggap saya adalah isterinya ketika itu. Sebaliknya, seorang pengurus yang menguruskan semua kerjaya seninya. Jadi mungkin disebabkan itu orang anggap AC takut dengan saya dan dengar semua cakap saya. Tapi saya tak kisah dengan kata-kata nakal itu kerana saya yakin saya berada di pihak yang benar. Saya percaya satu hari nanti kebenaran akan terungkai juga. Apapun, saya serahkan pada Tuhan atas segala-galanya.

Hip: Secara tidak langsung, reputasi AC sebagai seorang bapa tercalar gara-gara isu ini?

Emilia: Itulah yang saya kesalkan. Apapun, sebagai suami dan bapa, AC memang seorang bapa yang bertanggungjawab. Anak-anak memang manja dengan dia dan dia juga seorang ayah yang penyayang. Kalau berkesempatan, dia yang akan tidurkan anak. Malah, ibu saya sendiri terkejut kerana dia tidak seperti yang digambarkan sebelum ini.

Hip: Ada orang kata Emilia terlalu bersikap pelindung terhadap AC sehingga AC tidak boleh dikritik. Benarkah begitu?

Emilia: Saya dah berada dalam industri lama dan begitu juga dengan AC. Sepanjang tempoh itu, bukan tak ada kritikan yang timbul, ada dan saya rasa saya tak pernah melenting jika AC dikritik. Cuma apa yang saya harapkan biarlah kritikan itu bersifat membina dan boleh memperbaiki reputasi AC sebagai pelakon dan pengacara. Ini tidak, ada juga yang melontarkan kritikan tetapi lebih bersifat serangan peribadi sehingga boleh menutup periuk nasi. Kritikan seperti inilah yang saya tak boleh terima.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register