BTC USD 62,523.9 Gold USD 1,804.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jauhi rakan suka makanan tak sihat

ekom

Active Member
Joined
Dec 9, 2006
Messages
1,663
Reaction score
6
Points
25
London: Makan bersama seorang rakan boleh menjejaskan seseorang yang sedang mengamalkan diet sebaliknya boleh menyebabkan seseorang itu memilih makanan yang tidak sihat menyebabkan orang berkenaan bertambah berat badan, menurut satu kajian.

Penyelidikan itu diketuai oleh Eric Robinson, pakar psikologi di Universiti Birmingham yang percaya hasil kajian itu boleh menerangkan mengapa sekumpulan rakan sering kali mengalami berat badan dalam masa yang sama.
Tiru tabiat makan

Ia juga menjelaskan mengapa wanita mengadu mereka menjadi semakin gemuk apabila menemui teman lelaki yang berpunca daripada sikap mereka mula meniru tabiat makan rakan-rakan atau pasangan masing-masing.

Ada banyak bukti mengenai pendapat bahawa tabiat makan rakan-rakan anda menjadikan anda gemuk.

Jika anda mempunyai rakan atau orang yang anda kenali mengalami kenaikan berat badan, maka anda juga akan mengalaminya.

Kurang ambil makanan sihat
Kami juga mendapati bahawa apabila seseorang itu berkawan dengan seseorang yang memilih makanan tidak sihat, mereka kurang mengambil makanan sihat.

Mereka lebih cenderung memilih makanan yang mempunyai kadar kalori yang tinggi, tambah Robinson, yang dipetik Journal of Nutrition.

Hanya orang yang sedar mengenai kesan ini akan lebih sedar dan mengawal apa yang mereka makan.

Malah, mereka juga akan melihat kepada menu dan cuba untuk memutuskan apa yang mereka makan sebelum bersama orang yang dapat membantu untuk mengelak mereka daripada terpengaruh, kata Robinson yang turut dipetik The Telegraph.

Penyelidik melakukan kaji selidik terhadap 100 sukarelawan wanita dengan memilih pilihan makanan yang sihat mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran atau makanan tidak sihat seperti kerepek, pastri dan sosej koktail.

Mereka mendapati, apabila makan bersama dengan seseorang yang memilih makanan tidak sihat, sukarelawan terbabit juga akan memilih benda yang sama berbanding apa yang mereka nikmati ketika bersendirian atau bersama seseorang yang mementingkan pemilihan makanan sihat.

Penulis bersama kajian, Suzanne Higgs, berkata: Kajian ini menggariskan tabiat sosial makan dan bagaimana ia mempengaruhi sikap kita.
Agensi

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jauhirakansukamakanantaksihat/Article
 
Last edited:
Sponsored Post

izjat

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2009
Messages
4,354
Reaction score
12
Points
25
senang2 je kan nak naik berat badan... saya nie berat susah gile nak naik
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
42,329
Reaction score
1,443
Points
201
kawan aku ramai jerk suka fastfood.... kang nanti aku nk kawan dgn sape...
 

ekom

Active Member
Joined
Dec 9, 2006
Messages
1,663
Reaction score
6
Points
25
nmpk sedap balun je.. tu psl terus mbesar dgn juara hehehee...
 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,800
Reaction score
2,419
Points
201
Minda kena kuat.

Lawan nafsu tu.

Tak jeles ke orang lain ada leher...hang tarak.

:eek:

* Orang gemuk...mana ada leher...lemak berkumpul bawah dagu etc.
 

ekom

Active Member
Joined
Dec 9, 2006
Messages
1,663
Reaction score
6
Points
25
Minda kena kuat.

Lawan nafsu tu.

Tak jeles ke orang lain ada leher...hang tarak.

:eek:

* Orang gemuk...mana ada leher...lemak berkumpul bawah dagu etc.

aiyaahhh...
:D:D
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,942
Reaction score
1,170
Points
201
kwn2 aku lg suka mkn benda merapu..
kat rumah sewa, pukul 12tghmlm pon boleh lg makan roti, sapu marjerin tabur gula..
aku tgk sambil telan air liur je laaa...
klu aku mkn compem r berat naik mcm belon...
huhu.. jelessssssss...
 

driftking

Active Member
Joined
Dec 26, 2010
Messages
2,394
Reaction score
2
Points
25
kwn2 aku lg suka mkn benda merapu..
kat rumah sewa, pukul 12tghmlm pon boleh lg makan roti, sapu marjerin tabur gula..
aku tgk sambil telan air liur je laaa...
klu aku mkn compem r berat naik mcm belon...
huhu.. jelessssssss...

tahan je bro..jage jantung ..xsedap mane ponroti tu sebenarnye:D:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register