JAS kesan cubaan lupus buangan terjadual di tapak pelupusan sampah

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,902
Reaction score
220
Points
33
954476.jpg


KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang Cawangan Gebeng mengesan cubaan membawa bahan terjadual untuk dilupuskan di sebuah tapak pelupusan sampah di sini pada Isnin.

Pengarah JAS Pahang, Mohd Sani Mat Daud berkata, hasil maklumat dan operasi dijalankan, pihaknya menahan sebuah lori yang disyaki membawa bahan buangan itu ke tapak pelupusan sampah berkenaan.

Menurutnya, sampel bahan itu telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi mengenal pasti kandungannya dan tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

"Pihak pengeluar buangan terjadual tersebut telah dikenal pasti.

"Arahan serta-merta dikeluarkan kepada mereka supaya mengambil semula buangan tersebut dan dibawa balik ke premis untuk diuruskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (BT), 2005," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

954477.jpg


Mohd Sani berkata, walaupun Pahang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, pihak industri diingatkan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan tidak melakukan perkara yang mencemarkan alam sekitar.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan aktiviti yang melanggar akta itu,"katanya.

Justeru katanya, orang awam disaran melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.


== sinar harian
 
Sponsored Post

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,557
Reaction score
902
Points
171
Berfungsi elok JAS bawah kendalian Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register