BTC USD 17,240.1 Gold USD 1,790.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JAS bongkar lokasi pencemaran bahan kimia dalam ladang sawit di Temerloh

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1

Oleh Latifah Arifin- Oktober 2, 2022 @ 9:55pm

[email protected]
Kawasan pencemaran cecair kimia dalam kawasan ladang sawit Kampung Belenggu, Temerloh
Kawasan pencemaran cecair kimia dalam kawasan ladang sawit Kampung Belenggu, Temerloh





KUALA LUMPUR: Bau kuat dari sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Belenggu, Temerloh, membongkar aktiviti berkait dengan pencemaran di kawasan berkenaan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata aktiviti itu dapat dikesan hasil tindakan pantas Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Temerloh dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

"JAS Cawangan Temerloh telah menemui kesan pencemaran cecair disyaki bahan kimia dalam kawasan ladang sawit Kampung Belenggu.

"Beberapa orang yang disyaki terbabit telah ditahan bersama dengan kenderaan yang digunakan," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pada hantaran sama, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan terhadap JAS Cawangan Temerloh dan IPD Temerloh atas tindakan pantas dan kerjasama bagi membanteras kegiatan berkenaan.

Dalam perkembangan berasingan, Tuan Ibrahim berkata, usul bagi meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen bulan ini.

"Ramai yang minta supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada penjenayah alam sekitar.

"Insya-Allah, usul untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dijangka akan dibentangkan pada bulan Oktober," katanya.

Jelasnya, ini antaranya bagi meningkatkan hukuman, denda dan kompaun kepada penjenayah alam sekitar
 
Top
Log in Register