BTC USD 62,795.4 Gold USD 1,765.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jarak 4.8km, beza waktu 21 jam

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
02032021-40-1-Pulau-Diomede-pixs.jpg

KEPULAUAN DIOMEDE dipisahkan oleh Garis Tarikh Antarabangsa. - AGENSI

LONDON: Seorang pengguna aplikasi TikTok menjadi tular selepas menceritakan tentang sebuah lokasi cukup unik di dunia melibatkan dua pulau yang memiliki perbezaan zon waktu selama 21 jam walaupun jarak memisahkan kedua-dua pulau itu hanya 4.8 kilometer (km).

Lapor Mirror, dua pulau yang terletak bersebelahan itu dinamakan sebagai Big Diomede dan Little Diomede.

Kepulauan Diomede dipisahkan oleh Garis Tarikh Antarabangsa yang melalui Lautan Pasifik dan kedua-dua pulau itu tidak berkongsi hari yang sama.

Ini bermakna Pulau Big Diomede mempunyai perbezaan waktu hampir sehari awal berbanding jirannya, Pulau Little Diomede meskipun terletak bersebelahan di Selat Bering antara kawasan tanah besar Alaska dan Siberia.

Big Diomede terletak dalam sempadan Rusia manakala Little Diomede pula di bawah pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Jambatan ais yang terbentuk antara kedua-dua pulau pada musim sejuk membolehkan pengunjung melakukan perjalanan jarak pendek merentasi kepulauan dan melalui zon waktu yang berbeza.

Secara teorinya, individu boleh berjalan kaki dari Rusia ke AS malah perjalanan juga dapat dilakukan menerusi aktiviti perahu layar, kayak atau berenang.

Kepulauan itu dinamakan sempena tokoh Saint Diomede dan ditemui oleh seorang pelayar warga Denmark-Rusia, Vitus Bering pada 16 Ogos 1728.

Dilaporkan, orang asli masih tinggal di Little Diomede yang mempunyai populasi sekitar 110 penduduk manakala Pulau Big Diomede pula kini hanya menempatkan unit tentera.

Sponsored Post

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,373
Reaction score
1,105
Points
156
Big 169°W Little 168°W.
Beza 1 degree je.
Pada manusia biasa beza 1°, 1 saat atau 1 mm adalah tidak menjadi beza dalam hidup.
Tapi pada orang yang dalam bidang accuracy, semua beza nombor diambil kira.
Contoh F1. Beza starting grid tak sampai 1s pun tapi siapa start paling depan cerah harapan nak menang dapat hadiah lumayan.
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,898
Reaction score
2,726
Points
206

tapi alex yoong dulu memang jauh di belakang bang.
slow sangat.
 
azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,373
Reaction score
1,105
Points
156
tapi alex yoong dulu memang jauh di belakang bang.
slow sangat.
hahaha jangan le disamakan dengan Alex Yoong.
GP Australia yang ramai accident pun dia terkial2 nak habiskan.
Tapi sebenarnya memang susah ujian untuk menjadi pelumba F1 ni.
 
haniefmunchkien

Active Member
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,190
Reaction score
442
Points
51
Big 169°W Little 168°W.
Beza 1 degree je.
Pada manusia biasa beza 1°, 1 saat atau 1 mm adalah tidak menjadi beza dalam hidup.
Tapi pada orang yang dalam bidang accuracy, semua beza nombor diambil kira.
Contoh F1. Beza starting grid tak sampai 1s pun tapi siapa start paling depan cerah harapan nak menang dapat hadiah lumayan.

beza 1° pada kiblat jauh lari ooo.. di rumah aku ukur arah kiblat guna 3 bijik kompas.. pastu tanda guna permanent marker kat lantai... ada orang main bentang je sejadah..
 
azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,373
Reaction score
1,105
Points
156
beza 1° pada kiblat jauh lari ooo.. di rumah aku ukur arah kiblat guna 3 bijik kompas.. pastu tanda guna permanent marker kat lantai... ada orang main bentang je sejadah..
Cuba bayangkan operator yang kendalikan peluru berpandu.
Tersilap 1°, mau tertembak kawasan awam.
 
puyol

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,238
Reaction score
2,307
Points
201
Ada international date line kat tengah2 tu.
 
GPK1

Active+ Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
4,276
Reaction score
110
Points
43
beza 1 minit pun kena maki kalau punch card

kena mengadap 'tuanku'
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,898
Reaction score
2,726
Points
206
hahaha jangan le disamakan dengan Alex Yoong.
GP Australia yang ramai accident pun dia terkial2 nak habiskan.
Tapi sebenarnya memang susah ujian untuk menjadi pelumba F1 ni.

tapi kredit jugalah sebab dia dapat kereta yang takde power steering macam mark webber.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register