BTC USD 24,638.2 Gold USD 1,801.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Tertipu Dengan Diskaun, Ini Cara Semak Perubahan Harga Jualan Shopee & Lazada

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,126
Points
661
Awards
1
Price-tracker.jpeg




Setiap bulan pasti ada promosi yang menarik ditawarkan di laman e-dagang Shopee dan Lazada.

Kadangkala, kita terasa produk tersebut menerima diskaun yang banyak. Walhal, sebelum promosi tiba, rupa-rupanya jauh lebih murah.

Bagi kaki shopping, biasanya anda sudah tahu akan perkara ini kerana anda sudah biasa buka Shopee dan Lazada untuk melihat produk-produk umpama membuka emel kerja.

Oleh yang demikian, untuk mengelakkan anda tertipu dengan harga 'diskaun' itu, ini adalah cara bagaimana nak pantau perbezaan harga di Shopee dan Lazada.

Adakah ia betul-betul menerima potongan harga yang banyak atau sebaliknya.

Caranya mudah. Anda hanya perlu buka pelayar yang menyokong Chrome Webstore. Kemudian pasangkan pemalam pada pelayar yang anda gunakan. Sama ada Chrome, Brave dan sebagainya.




Screenshot-2022-03-10-at-3.26.09-PM.jpg




Screenshot-2022-03-10-at-3.26.33-PM.jpg



Pemalam ini dipanggil AliPrice Shopping Assistant. Klik INI untuk Shopee dan klik INI bagi memasangnya buat Lazada.

Setelah selesai memasangnya, anda boleh memantau perubahan harga sehingga 1 tahun yang lepas.


Screenshot-2022-03-10-at-3.28.19-PM.jpg


Melaluinya, secara tidak langsung anda boleh merancang pembelian pada masa hadapan. Jika benar-benar murah, bolehlah terus membelinya. Sekiranya tidak, anda boleh tunggu dahulu.

Untuk kemudahan lagi, anda turut boleh mengaktifkan notifikasi produk yang diidamkan. Secara tidak langsung, anda mengetahui produk tersebut sudah menerima perubahan harga.

Jadi, rancanglah pembelian anda dengan bijak.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register