Jangan terjebak sindiket tipu pengeluaran: KWSP

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini diingatkan tidak menggunakan khidmat pihak ketiga untuk membuat pengeluaran bagi mengelakkan mereka daripada terjebak dalam penipuan pengeluaran wang caruman KWSP.

Sebaliknya, mereka yang ingin membuat pengeluaran hendaklah berurusan secara terus dengan pegawai KWSP yang tidak mengenakan sebarang caj bagi perkhidmatan yang diberikan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata pihaknya amat komited dalam usaha membanteras kegiatan penipuan pengeluaran kerana ia hanya akan mengurangkan simpanan persaraan pencarum serta bertentangan dengan objektif penubuhan KWSP.
Beliau memberi amaran kepada pencarum dan juga individu lain supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti penipuan pengeluaran KWSP.

"KWSP mempunyai proses dan sistem yang berupaya untuk mengesan sebarang penipuan atau cubaan menipu pengeluaran.

"Proses ini bukan sahaja dapat mengesan lebih awal cubaan menipu, malah memberikan panduan kepada pegawai KWSP untuk mengenalpasti kes penipuan dengan hanya menyemak borang permohonan dan dokumen sokongan yang dikemukakan pencarum," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Nik Affendi berkata, di bawah Akta KWSP 1991, ahli yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, sebanyak 96 saman mahkamah telah difailkan terhadap pencarum KWSP dari Januari hingga Disember tahun lalu kerana terbabit dalam penipuan pengeluaran berkaitan perumahan, hilang upaya, pendidikan dan pekerja berpencen.

"Dalam tempoh itu juga, seramai 35 pencarum KWSP telah didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan menipu pengeluaran manakala baki 61 kes masih dalam tindakan mahkamah," katanya.

Beliau meminta pencarum KWSP supaya melaporkan sebarang kegiatan penipuan pengeluaran dengan menghubungi "Talian Hotline Fraud KWSP" di 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. - Bernama
 
Top
Log in Register