BTC USD 61,955.5 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan sekongkol, jadi khadam musuh Islam dan negara - Ketua Muslimat PAS

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,606
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,606
Reaction score
6,473
Points
881
Awards
1
Jangan sekongkol, jadi khadam musuh Islam dan negara

Izwan Abdul HalimSeptember 13, 2024

TEMERLOH: PAS terus teguh dengan prinsipnya mempertahankan Islam sejak ditubuhkan tahun 1951 hingga sekarang serta meletakkan Islam sebagai dasar akidah perjuangannya, demikian kata Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Justeru tegas beliau, Muslimat PAS merasa terpanggil untuk menggesa Kerajaan Perpaduan yang menerajui Malaysia agar peka dengan apa saja perkara mahupun kerjasama bersama golongan yang mahu merosak serta menjahanamkan Islam.

Apatah lagi ujarnya yang melibatkan kolaborasi regim Israel laknatullah yang jelas lagi terang menyiksa serta membunuh umat Islam di Palestin.

“Kita amat mengharapkan Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) kini menarik balik sokongan ke atas pembelian saham MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) BlackRock yang bersekongkol dengan Zionis.

“Tidak sepatutnya pihak kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersikap seperti talam dua muka di saat pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin berlaku tanpa mengira masa.

“Malah, kerajaan hari ini juga dilihat seolah-olah tidak berprinsip apabila mengaku memperjuangkan nasib rakyat Palestin, tapi dalam masa yang sama bersekongkol dengan penyokong Zionis dan negara haram Israel,” tegasnya.

Nuridah berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia pada Muktamar Tahunan DMPM Ke-64 di Dewan Al-Makmur, Kerdau, di sini hari ini.

Perjuangan pembebasan al-Quds dan tanah Palestin kata beliau, adalah dari kesan penjajahan yang panjang sejak tahun 1948.

“Perjuangan itu juga merupakan lambang keteguhan dan kecintaan rakyat Palestin ke atas bumi suci itu termasuk kesyahidan para pemimpin pejuang negara itu.

“Pada zaman teknologi dengan senjata canggih digunakan untuk menyekat perjuangan Islam. Ini membuktikan jihad dengan kekuatan akidah dan keteguhan prinsip perjuangan adalah senjata ampuh yang masih relevan di zaman kontemporari ini.

“Rakyat Palestin di Gaza kini menjadi benteng terakhir kemuliaan Islam dan tanah suci al-Quds. Oleh itu, saya menyeru diri saya dan semua agar bersatu hati memberi sokongan padu kepada perjuangan saudara kita di Palestin.

“(Serta) menolak penjajahan dan segala bentuk kezaliman dan keganasan oleh kerajaan haram Israel yang dijuarai oleh gerakan Zionis, didukung oleh kuasa besar Barat.

“Dan sebahagian daripada pemimpin dunia Arab dengan sedaya upaya kemampuan yang kita ada,” tambah beliau di hadapan 676 perwakilan, pemerhati dan dif jemputan.

Dalam pada itu, tegasnya, PAS sebagai parti yang bermatlamatkan perjuangan Islam tidak terkecuali dihujani dengan pelbagai ujian serta dugaan.

Namun PAS tegasnya, tetap teguh prinsip dengan mencontohi sirah Nabi Muhammad SAW dan para Sahabiyah yang sanggup berkorban demi mempertahankan Islam sejak awal Islam bertapak di Makkah.

“Setiap figura Sahabat Rasulullah SAW merupakan contoh terindah yang diwarisi, seterusnya para khalifah dan ulama yang memimpin ummah sepanjang zaman kedaulatan Islam.

“Tidak terkecuali pengorbanan jiwa raga Saidatina Khadijah RA sehingga akhir hayatnya dan syahidah muslimah yang pertama, Sumayyah RA di tangan pemuka Quraisy demi mempertahankan keislamannya.

“Semua itu bukan sahaja perlu dijadikan motivasi kepada setiap pejuang Islam sebaliknya menjadi cerminan keteguhan mempertahankan iman dan Islam kepada seluruh kaum muslimah sepanjang zaman,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan agar setiap pemimpin, ahli serta pendukung PAS, agar memantapkan keyakinan dan kekuatan diri berikutan PAS seringkali berhadapan dengan cabaran dan ancaman, baik dari segi serangan ideologi mahupun ancaman fizikal.

PAS juga katanya difitnah sebagai parti ajaran sesat, diragui perjuangannya bukan sahaja oleh musuh, tetapi juga rakan-rakan yang dengki serta tidak memahami selok-belok politik kepartian dalam sistem demokrasi.

Justeru, PAS tegas beliau, mengambil jalan sejahtera menerusi muwajahah silmiyyah dan terlibat dengan pilihan raya mengikut lunas undang-undang untuk melakukan perubahan kepimpinan negara mendaulatkan Islam.

“Menjadi kewajipan kepada PAS untuk memastikan Islam memimpin dan dilaksanakan dengan konsep ‘tegakkan Islam negara selamat, tegakkan yang lain tanpa Islam akan berakhir dengan tidak selamat’,” tambahnya.

Sementara itu,beliau menegaskan, Islam telah diletakkan dalam Perlembagaan menjadi agama negara dan wajib dihormati serta diperteguhkan dengan menolak sebarang bibit-bibit yang cuba merungkainya.

Oleh itu katanya, rakyat wajib menolak mana-mana parti atau sesiapa saja yang sanggup menjadi khadam kepada pihak yang mahu meruntuhkan asas Perlembagaan negara.

“Hanya Islam berteraskan akidah, syariat dan akhlak sahaja dapat
menghapuskan segala kemelut yang menimpa ummah dan negara kita pada hari ini.

“(Seperti) rasuah, salah laku kepimpinan, masalah sosial yang menimpa rakyat, kepincangan ekonomi yang berasaskan riba yang dikuasai oleh golongan minoriti,” kata beliau.

Dalam perkembangan itu, kata Nuridah, Islam perlu diterjemahkan kepada semua perkara sama ada politik, ekonomi, sosial dan lain-lain.

Dalam masa yang sama tidak membiarkan fahaman serta ideologi pemikir Barat, komunis, seperti Adam Smith, Karl Marx dan lain-lain berkembang di negara ini yang bukan sahaja bertujuan meracuni pemikiran umat Islam tetapi juga menyekat kemaraan perjuangan Islam.

“Sekiranya ada pihak yang tidak mahu melaksanakan Islam, sekurang-kurangnya jangan menjadi penghalang kepada usaha PAS untuk melakukan perubahan dengan cara Islam,” tegasnya lagi. – HARAKAHDAILY 13/9/2024
 
Sponsored Post

Sanusi xtau intel, boeing ade saham Blackrock...
Wan fayhsal pun taktau...
Muslimat pas ni pun taktau...

Samaada taktau @ bodoh... 🤣
Intel tu bagi aku ok jer terima, sbb campurtangan pun x lamgsung dari Blackrock.

Yg Boeing tu patut kerajaan negeri halau keluar, sbb Boeing tu mmg antara player utama dlm krisis pembantaian umat di Gaza. Dia bkn secara indirectly melalui pegangam saham Blackrock, tp dia mmg PEMBEKAL SENJATA kpd Israel.
 
Tak sabar nak tengok Pas perintah macamana nak deal dengan industri melibatkan wahyudi nanti.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Latest Threads General Chat

Back
Top
Log in Register