Jangan pisah agama dan politik, kata Nik Aziz

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

Nik Aziz menyampaikan hujah pada program Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pagi tadi. -



SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) menjadi punca kepada kepincangan sistem demokrasi di negara ini kerana telah memisahkan agama dan politik dalam pentadbiran negara.

Tegasnya, dua aspek terbabit sepatutnya menjadi tunjang utama dalam sesuatu pemerintahan bukannya berpaksikan kepada semangat nasionalisme semata-mata yang sentiasa diperjuangkan Umno-BN dengan menjadikan bangsa Melayu sebagai rujukan utama dalam politik negara.

Kata Menteri Besar Kelantan ini, meskipun al-Quran hanya menyebut Islam sebagai kaedah terbaik untuk memimpin manusia, namun ia tidak bermakna Islam menolak sepenuhnya sistem pemerintahan yang dicipta manusia seperti demokrasi, asalkan ia tidak bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Mereka acap kali junjung semangat nasionalis tapi dia ingat hanya Melayu saja.

“... begitu juga penyakit rohani Umno yang kian jadi kronik kerana pecahkan dua aspek pemerintahan di negara ini, hak ALLAH beri kepada ALLAH (agama) dan hak kaisar (politik) beri kepada kaisar,” katanya pada forum Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Nik Aziz menggesa pemimpin Umno-BN supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar tanpa memisahkan antara agama dan politik kerana dua faktor terbabit saling memerlukan jika mahukan pentadbiran negara yang adil lagi saksama.





sumber:http://www.sinarharian.com.my/jangan-pisah-agama-dan-politik-kata-nik-aziz-1.150189
 
Sponsored Post

shop onlines

Fun Poster
Joined
Apr 11, 2013
Messages
279
Reaction score
0
Points
10
yg pisah agama dgn politik ni umno jer..x reti base org ckp..degil.
 

badan_keding

Fun Poster
Joined
Jul 27, 2009
Messages
739
Reaction score
0
Points
10
tahniah tok guru., dari dulu konsisten jer dengan prinsip islam..agama dan politik berpisah tiada..:):)
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
tak habis dengan citer2 yang nak menjatuhkan TGNA.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register