Jangan Percaya Dakwaan Mengelirukan Mengenai Penapis Air

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
PETALING JAYA, 7 Feb (Bernama) -- Persatuan Pengguna-Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) pada Ahad mengingatkan orang ramai agar tidak terperdaya dengan syarikat-syarikat yang menjual alat penapis air dengan dakwaan yang meragukan.

Setiausaha Agungnya, S. Piarapakaran, berkata antara dakwaan itu ialah sistem imun badan dapat dipertingkatkan, mengurangkan alahan dan menyingkirkan bahan-bahan toksik daripada air itu.

Dalam satu tinjauan, WECAM juga mendapati sebuah syarikat mendakwa bahawa alat tapisannya boleh "memecahkan molekul-molekul air menjadi partikel-partikel kecil agar ia mudah diserap oleh tubuh", katanya kepada Bernama.

Ini, jelas beliau, adalah dakwaan palsu kerana molekul air yang dipegang oleh pengikat hidrogen tidak boleh dirungkai oleh mana-mana proses penapisan.

Piarapakaran berkata tinjauan itu juga mendapati penggunaan penapis-penapis air semakin meningkat di Malaysia dan dakwaan palsu oleh syarikat-syarikat itu semakin menjadi-jadi.

"Trend ini amat membimbangkan dan pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan para pengguna dilindungi," katanya.

Beliau berkata tinjauan itu mendapati tahap kesedaran mengenai jenis dan fungsi penapis air di kalangan para pengguna adalah sangat rendah.

Sebagai contoh, katanya, dalam tinjauan itu mendapati hanya 66 daripada 1,792 keluarga di seluruh negara mempunyai pengetahuan mengenai jenis dan fungsi penapis air.

Katanya keadaan ini adalah serius dan memerlukan perhatian segera.

Piarapakaran berkata WECAM telah mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, meminta mereka untuk mengambil tindakan segera terhadap syarikat penapis air yang tidak beretika dan juga memperhebat program pendidikan agar para pengguna sedar mengenai pelbagai jenis penapis yang ada di pasaran.

Beliau menasihatkan para pengguna supaya menghubungi WECAM atau Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk mendapatkan maklumat sebelum membeli penapis air.
 
Sponsored Post

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
sykt mana yg tipu tu ekk..xdiberitahu ke..
 

my.name.is.nad

Legendary Member
Joined
May 12, 2008
Messages
10,496
Reaction score
6
Points
115
even cousin saya yang kat States skrg kerja sbg profesor air2 ni pun cakap 99 percent penapis air ni scam.. saya tak reti nak xplain ... kalau just nak tapis buangkan kotoran tu betul,, tapi kalau tuka jadi air laut dalam n etc tu tu cakap scam...
 

hairl

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2007
Messages
3,053
Reaction score
24
Points
25
ala banyak je agen menipu ni nak lakukan penapis air ni...drpd yg asyik kuar tv hinggalah yg tak keluar tv..semua ckp penapis air boleh sembuhkan kencing manis,kencing masam dan macam-macam lagi...
 

dr_zool

Legendary Member
Joined
May 26, 2009
Messages
13,409
Reaction score
59
Points
120
ni kalu kua list co yg menipu,mmg bungkuih
 

my.name.is.nad

Legendary Member
Joined
May 12, 2008
Messages
10,496
Reaction score
6
Points
115
ala banyak je agen menipu ni nak lakukan penapis air ni...drpd yg asyik kuar tv hinggalah yg tak keluar tv..semua ckp penapis air boleh sembuhkan kencing manis,kencing masam dan macam-macam lagi...
yups.. sokong
 

satriahitam

Active+ Member
Joined
Oct 15, 2008
Messages
4,503
Reaction score
59
Points
30
adr banyak yg tipu.... penapis air sekadar menapis air jer... tak lebih dari tu... kalau adr yg kata leh meningkatkan tenaga laaa, menambah oksigen laa atau sebagainya kena chek bebetul, dengan sebab apa dan kelulusan sapa atau diiktiraf oleh sapa yg dia kata leh tambah oksigen atau memacam tu... hehhehe.. penapis air punya rege jgn memain... mahal tuuu....
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Ya aku sokong dgn kenyataan ko tu!!Dorang ingat dengan minum air kosong je macam2 penyakit bleh sembuh!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register