Jangan percaya! Alat jimat tenaga tak kurangkan bil elektrik

Recommended Brokers


Latest Threads

wantrader82

Active+ Member
Joined
Oct 8, 2008
Messages
3,891
Reaction score
110
yg tampal pad kotex kt meter tu jiran ak ckp la. btol turun bil die. die ckp mmgla mula2 xpcaya. pstu saje2 cuba menjadi pulak

ak iye kan jela. malas nak cuba haha
Power pad kotex tu.bulih elak kebocoran...tapi yg ada wing ke takder tuan?just nk terai...
 
Sponsored Post

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,289
Reaction score
90
apa susah ..pakai la sticker Bio energy Nano ..cuma perlu selit je kat DB tu ..
pakai 1 kpg , jimat 15% bil elektrik ..pakai 6 kpg ,jimat 90% bil elektrik ..pakai 7-10 kpg elektrik pree ..pakai 50 kpg, satu perumahan dapat elektrik free..

 

playar

Fun Poster
Joined
Jun 13, 2012
Messages
901
Reaction score
10


Shahx

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya posting ini menutup pintu rezki sesiapa.
Pendapat 2 sen saya mengatakan alat yg dalam gambar ini (dan yg seangkatan dengannya) sebenarnya hanya membaiki power factor.
Ia tidak dapat menjimatkan bil elektrik bulanan anda.
Power factor (pf) ini apa dia . Nilainya 0 hingga 1. Nak faham pf kena faham Real Power ( kuasa sebenar unitnya Watt) dan Reactive Power ( kuasa setara unitnya VAR). Sebelum tuu , ingat formula biasa ini , iaitu Real Power P = V x I x pf. Juga, ingat, TNB charge kita berdasarkan pengunaan Real Power, bukan pada Reactive Power.
Jom kita cuba fahamkan Real dan Reactive Power dgn analogy seekur kuda menarik gerabak keretapi di atas landasan keretapi. Kuda ni pulak dia tak lari dalam trek sebab kayu landasan tuu buat dia susah berlari. Jadi dia lari dan tarik dari luar trek, macam dalam gambar.
Dengan sekuat tenaga kuda tu tarik, maka bergeraklah gerabak tuu. Kalau kuda itu betul betul depan gerabak, maka kalau kuda tu kuasa tariknya 10 (misalnya sahaja), maka gerabak tuu pun bergerak dgn kuasa 10. Ini namanya penggunaan tenaga yg cekap, yakni tiada pembaziran.
Masalahnya, kuda ni lari dan tarik dari luar trek sebab dia takut kaki dia tersangkut pada palang palang landasan kalau dia tarik betul betul dlm landasan.
Jadi, kuda ni henjut kuasa= 10, tetapi gerabak ni bergerak pada kuasa = 9 ( misalnya sahaja) sebab kuda dari tepi, bukan depan gerabak.
Real power = 9. Reactive Power = 10.
Tnb charge kita Real power = 9 x 23 sen sejam ( misalnya ya). Tnb tak charge kita 10 x 23 sen.
PF = real power bahagi reactive power = 9/10 = 0.9 bila kuda tarik dari tepi trek.
Sebaliknya kalau kuda depan gerabak, PF = 10/10 = 1 . Ini penggunaan tenaga cekap.
Dlm sistem grid tnb, pf biasanya 0.85 . Maknanya tnb jana kuasa setara ( kuda tadi tuu) 10 watt (misalnya), kita bayar kuasa sebenar P = 10 x 0.85 = 8.5 watt. Tnb rugi 1.5 watt . Nasiblah tnb. Ko pun dah untung besar. Bab penalty (denda) yg dikenakan kepada large power consumer macam kilang kilang sekiranya beban motor mereka tidak cekap sebab pf bawah dari standard 0.85 , adalah cerita lain ya. Saya nak cerita pasal alat penjimat letrik ni .
Alat ini menambah baikkan pf di rumah. Tetapi kena ingat, formula w= v x i x pf, dan yg kita bayar adalah unit watt tuu .
Bila pf besar, karan i akan jadi kecil. Watt tetap sama.
Bila pf kecil, karan i akan membesar, memberikan watt yg sama. Voltan tetap 230V atau 415V utk 3 phase supply. Kalau watt tuu tetap sama, pasang alat itu tiada membawa apa apa penjimatan pada bil letrik.
Ia betul, alat ini ada sijil ST (suruhan jaya tenaga). Semua peralatan letrik di malaysia kena ada. Apa yg dihairankan. ST hanya nemgakui sijil pendaftaran, tidak bermakna ST akui alat ini jimatkan letrik. Ia adalah "pengakuan" (acknowledgement) yg berbeza.
TNB pun tak mengaku alat ini dapat jimatkan bil elektrik. Kalau betullah alat ini berkesan, saya pasti tnb akan beri percuma kepada setiap rumah kerana ia adalah lebih ekonomi dari tnb membina stesen janakuasa baru bagi menggantikan "kuasa kuda " yg hilang dlm cerita kuda di atas tadi.
Tiada alat yg dapat jimatkan letrik. Jap, tapi Aìrcond Inverter jimat elektrik ! Ini lain cerita. Ia jimat elektrik sebab penggunaan karan ia cekap berbanding aircond bukan Inverter. Ini bab technology design. Lain cerita. Penjimatan elektrik bergantung kepada sikap dan cara guna. Bukan sebab alat cucuk kat plug dinding, bil elektrik terus turun..
Sekali lagi, saya mohon maaf sekiranya posting ini menyekat rezki sesiapa. Yg salah, Yg silap adalah dari saya.

tqvm.. senang paham
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,535
Reaction score
373
Location
malizia
[ame]https://www.youtube.com/watch?v=J86QK0Njfv4[/ame]
 
Sponsored Post
Top
Log in Register