Jangan percaya! Alat jimat tenaga tak kurangkan bil elektrik

Recommended Brokers


kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
Februari 22, 2019

PUTRAJAYA: Alat jimat tenaga (ESD) yang terdapat di pasaran tidak berkesan mengurangkan bil elektrik pengguna seperti diiklankan.

Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan hari ini berkata kajian terhadap ESD mendapati bacaan meter pengguna tidak menunjukkan perbezaan ketara.

Selain itu, menurutnya, tiada mana-mana badan bertauliah membuktikan alat tersebut memberi kesan penjimatan tenaga elektrik.

Pengguna mungkin terpengaruh dengan demonstrasi penjual yang menunjukkan perbandingan kadar arus elektrik yang menjadi lebih rendah setelah ESD dipasang, tulis kenyataan itu.
"Kadar arus akan berkurangan, namun jumlah kuasa yang direkodkan tetap sama, mengikut bilangan dan kadar kuasa peralatan elektrik yang digunakan.

"Ini sekali gus tidak akan memberi perbezaan ketara terhadap penggunaan elektrik yang diukur berdasarkan kilowatt-jam (kWj) penggunaan dengan menggunakan formula Arus x Voltan x Faktor Kuasa x Masa digunakan," kata suruhanjaya itu.

Suruhanjaya Tenaga berkata pemasangan ESD tidak memberi penjimatan bil elektrik di premis domestik sehingga 30 peratus seperti yang didakwa, kerana meter elektrik merekodkan penggunaan kuasa sebenar (kWh) sedangkan ESD, yang komponen utamanya merupakan kapasitor, hanya memberi kesan kepada penggunaan kuasa reaktif (kVaR).

Bagaimanapun, suruhanjaya itu berkata penggunaan kapasitor, memberi manfaat kepada pemasangan elektrik di sektor industri yang banyak menggunakan beban induktif, kerana ia dapat menambah baik kadar kuasa sistem bekalan pengguna dan seterusnya mengelakkan pengguna dikenakan penalti oleh pihak utiliti.

Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan yang mengatakan ESD ini, termasuk dalam bentuk kad, boleh mengurangkan jumlah bil elektrik," kata suruhanjaya itu yang turut menyelar tindakan pihak yang menggunakan logonya bagi tujuan promosi ESD.

Suruhanjaya itu menegaskan ia tidak pernah meluluskan apa-apa produk ESD dan tindakan akan diambil terhadap pihak yang menyalahgunakan logo mereka.

Bagi menjimatkan penggunaan elektrik, Suruhanjaya Tenaga menyarankan orang ramai membudayakan amalan cekap tenaga termasukkan menggunakan alat mempunyai label cekap tenaga dan mematikan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-percaya-alat-jimat-tenaga-tak-kurangkan-bil-elektrik-199329
 
Sponsored Post

qi_telcommunication

Active Member
Joined
Mar 16, 2013
Messages
1,338
Reaction score
77
Points
30
Setuju untuk kegunaan domestik mungkin kurang memberi kesan sbb majoriti domestik bil kurang dari rm100, tapi kalau penggunaan komersial cthnya premis perniagaan mmg boleh mencapai penjimatan dari segi kVar sehinggakan kalau bil bulanan rm1000, bila pasang alat ni, bil bulanan menjadi lebih kurang rm700, jadi sebenarnya alat2 ini hanya sesuai digunakan dalam keadaan ttu shj, bukan semua.
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,541
Reaction score
1,907
Points
176
first kalo dulu, bil RM1000, tetiba jadi RM50 .. mmg TNB akan sangsi, melainkan ada sebab munasabah ..

saya kalo guna alat ni rasa xsalah, sbb dulu rumah saya 6 orang, skrg 2 orang je .. kalo TNB kenalpasti perubahan ketara xder problem :D
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,585
Reaction score
918
Points
161
ada member aku beli...lepas tu aku tgk dok letak kat tangga rumah dia..terbiar gitu..aku tanya kenapa tak guna...takde beza pun kalau guna...:((
 
Sponsored Post
Top
Log in Register