Jangan mudah terpedaya tawaran harga murah dari kontraktor.

Recommended Brokers


strom

Legendary Member
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,711
Points
191
Kuala Lumpur: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menasihatkan orang ramai supaya tidak berkrompromi dengan kontraktor warga asing yang menjadi kontraktor ubah suai tidak berdaftar atau bergerak secara haram untuk membuat kerja pengubahsuaian kediaman memandangkan mereka boleh berdepan dengan pelbagai risiko.

Dengan menawarkan harga lebih murah atau kadangkala mencecah harga modal dikeluarkan boleh memberi kesan kepada pengguna jika kontraktor ubah suai itu lesap sebelum kerja dimulakan.

Presidennya, Datuk Mokhtar Samad berkata, paling baik ialah pemilik kediaman memilih kontraktor yang berdaftar di bawah Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi membolehkan mereka mengambil tindakan sekiranya berlaku sebarang masalah.


Beliau berkata, isu kontraktor hilang sebelum atau dalam proses menyiapkan kerja pengubahsuaian biasa berlaku dalam kalangan warga asing.

“Mereka ini akan menawarkan harga paling rendah, kadangkala mencecah harga modal dan ada juga pelanggan atau pemilik kediaman merasa teruja dengan harga yang ditawarkan itu tetapi mereka tidak tahu berkemungkinan terdapat masalah dalam proses sebelum, dalam atau selepas menyiapkan projek berkenaan.

“Saya menasihatkan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga tetapi perlu melihat latar belakang kontraktor itu dari segi projek pernah dilaksanakan atau paling mudah yang berdaftar dengan CIDB bagi memudahkan sebarang urusan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Ketika ini, terdapat 42,000 kontraktor di seluruh negara dan 23,800 daripadanya adalah ahli PKMM. Semua kontraktor berkenaan berdaftar dengan CIDB dalam pelbagai aspek pekerjaan termasuk pengubahsuaian kediaman.

http://www.hmetro.com.my/node/15813
 
Sponsored Post

swbina

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2011
Messages
777
Reaction score
1
Points
15
Banyak kes camni.. Owner rumah nak murah ambil ja indon utk reno. Last2 hilang lesap. Kontraktor melayu yg penat2 belajar, berdaftar semua bagai tak dapat projek...
 

arul57

Super Active Member
Joined
Jul 21, 2008
Messages
6,141
Reaction score
68
Points
70
better amik kontraktor yg ada lesen cidb, kos tggi sikit tp berbaloi
n selamat..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register