BTC USD 37,921.6 Gold USD 1,804.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan minum air kencing bahaya, Jabatan Kesihatan Thailand

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
183
Points
23
airkencing.ashx


Rabu, 28 Ogos 2019 10:30 AM

JABATAN Kesihatan Thailand menasihatkan orang ramai supaya tidak mencontohi sesetengah penduduk negara itu yang meminum air kencing dan mencuci muka.

Amalan ini dikatakan menjadi kegilaan dalam kalangan pengguna Facebook, malahan dipromosi menerusi media sosial.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Dr Amporn Benjapolphitak memberi amaran supaya menghentikan amalan itu.

Katanya, organ seksual dan dubur banyak mengandungi bakteria yang mencemarkan air kencing, sekali gus menjadikan ia bahaya untuk diminum atau digunakan untuk mencuci muka atau mata.

Amalan itu menjadi perbualan apabila seorang pengguna Facebook menulis, sebuah sekolah di daerah Khon Kaen Phol menggunakan campuran air kencing dan herba untuk pelajarnya minum sebagai ubat sakit perut.

Seorang lagi penduduk di daerah Ban Pong Ratchaburi pula menulis, beliau kerap minum air kencing dan mencuci mata serta luka, manakala seorang jururawat mengakui melakukan perkara sama, termasuk mendidihkannya sebelum ia disuling untuk mencuci luka pesakit.

Sebuah saluran televisyen mewawancara beberapa orang yang mendakwa menulis pengalaman minum air kencing sendiri serta mencuci muka menggunakannya di Facebook.

Dr Amporn berkata, adalah benar air kencing digunakan sebagai ubat ketika zaman pemerintahan empayar Greek dan Roman, bagaimanapun jangka hayat purata penduduknya kurang 40 tahun.

Beliau mengakui teknologi perubatan sudah maju sejajar masa dan tiada kajian perubatan moden meluluskan penggunaan air kencing sebagai penawar penyakit.

“Ketika zaman dulu, air bersih sukar diperoleh, oleh itu air kencing dianggap sebagai air oleh sesetengah orang,” katanya.-thethaiger.com

 
Sponsored Post

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,943
Reaction score
657
Points
81
zaman moden ni pun masih ada jga yg mcm ni
 

traderfox

Super Active Member
Joined
Apr 25, 2008
Messages
7,727
Reaction score
231
Points
83
nama doktor pun ya amporn
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,292
Reaction score
628
Points
161
zaman nabi tu untuk situasi semasa jer masa tu...air kencing unta bukan banyak,campur susu banyak...ambil contoh susu culture...

tapi bukan sebarang haiwan,bukan semua haiwan...bukan gak zaman sekarang sebab dah ada ubat yg lagi innovatif...w.a.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,467
Reaction score
775
Points
121
Ha..ha.. dah depa pun kena kencing dengan orang dulu jugak.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register