BTC USD 39,691.5 Gold USD 1,863.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Marah.... Nanti kena Jual

Cikgu Rosli

Fun Poster
Joined
Jul 6, 2010
Messages
227
Reaction score
0
Points
10
Berunding cari 'pasangan' baharu

Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
[email protected]


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Ibarat sebuah episod cinta yang tidak menjadi, begitulah cadangan pengambilan alih Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) apabila dikatakan tidak restu oleh Permodalan Nasional Berhad. (PNB)

PNB merupakan syarikat induk Takaful Ikhlas melalui MNRB Holdings Bhd. (MNRB).

Setelah kecewa tiada reaksi seterusnya ditunjukkan oleh Bank Rakyat, Takaful Ikhlas mula berubah hati dan kini beralih untuk menjalinkan ikatan usahasama dengan entiti-entiti asing.

Bank Rakyat gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan.

Menurut sumber yang mengetahui tentang urus niaga itu, PNB dikatakan menetapkan 'harga' terlalu tinggi sehingga menyebabkan hasrat Bank Rakyat untuk mengambilalih Takaful Ikhlas menjadi terbantut meskipun setelah sekian lama berhubungan.

Sumber itu menambah, PNB, firma pelaburan terbesar di negara ini, juga lebih berminat untuk meletakkan Takaful Ikhlas di bawah Kumpulan Etiqa berbanding menjualnya. MNRB pula dikatakan suka bergerak sendirian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman percaya, impian yang berbeza antara kedua-dua pihak menyebabkan cadangan pengambilan alih itu tidak kesampaian.

''Takaful Ikhlas seperti gadis sunti, apabila ada pihak yang menunjukkan minat dan datang merisik, kami terima dengan hati yang terbuka.

''Bagaimanapun, jika selepas berbulan-bulan upacara merisik dilangsungkan, tetapi 'orang di sana' diam membisu, tidak salah rasanya jika kami membuka peluang kepada orang lain pula,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Syed Moheeb mengakui Takaful Ikhlas sedang mengadakan perbincangan dengan pihak lain namun enggan mendedahkan lanjut identiti pihak terbabit.

"Kami beri tempoh sehingga tiga bulan lagi untuk melihat perkembangan proses ini sama ada akan memasuki fasa seterusnya ataupun tidak.

"Buat masa ini, ia masih terlalu awal, jika berjalan lancar kami akan menemui Bank Negara untuk memohon kebenaran memulakan rundingan, tambah beliau.

Mengulas lanjut, Syed Moheeb berkata, syarikat tersebut sentiasa memberi peluang untuk menerima sesiapa yang berminat untuk memiliki kepentingannya, asalkan ia mampu melonjakkan perniagaan Takaful Ikhlas.

Katanya, Takaful Ikhlas tidak mampu berkembang pesat jika hanya bersandar kepada pertumbuhan organik semata-mata.

Justeru rakan kongsi baru itu nanti patut menjadi platform kepada syarikat tersebut untuk melebarkan sayap termasuklah ke luar negara.

"Takaful Ikhlas ini masih 'muda', jadi tidak salah kami mengambil masa sedikit untuk memilih 'pasangan terbaik', tidak perlu tergesa-gesa kerana apa yang penting adalah kejayaan syarikat pada masa hadapan, " ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai peratusan ekuiti yang mungkin dijual kepada pihak berminat, Syed Moheeb berkata, itu terserah kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.

Menurut beliau, MNRB yang memiliki 100 peratus ekuiti di dalam Takaful Ikhlas merancang untuk mengurangkan pegangannya, bagaimanapun beliau tetap mahu memastikan ia masih mempunyai kawalan terhadap syarikat takaful itu.

Takaful Ikhlas merekod perolehan RM615 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010 berbanding RM581 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu.
 
Sponsored Post

Cikgu Rosli

Fun Poster
Joined
Jul 6, 2010
Messages
227
Reaction score
0
Points
10
Saya suka cara laporan ini ditulis. Penuh kiasan dan bidalan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register