Jangan kata mahal...fikirkan manfaatnya...

CG Sponsors




hisham_hy

Junior Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
88
Reaction score
0
Points
6
Mungkin tuan/puan pernah membacanya sebelum ini. Walau bagaimana pun saya ambil kembali dan mohon di kongsi bersama lagi...

Untuk kita fikir bersama...

Kita bukan pelakon terkenal spt Azean Irdawati,
Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
Ye la kanser tak pilih bulu,
Pun tak cukup duit rawat kanser,
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro,
Utusan dan macam2 mintak derma,
masuk TV3 mintak ringankan beban,
mcm2 persatuan bagi derma,
Zakat Selangor bagi RM 30 000, orang lain bole dapat ker mcm ni ?
RM 90 000 bukan senang nak cari,
Berlakon satu filem di bayar RM 60 000,
setahun 3 filem dah RM 180 000, banyak gaji Pn Azean ni,
Tak masuk drama dan iklan,
Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi.....
Gaji you + husband ada RM 180 000 setahun ? RM 100 000 ?
RM 30000 ? alahai sedihnyer....

Kanser tak pilih bulu,
hari ni sihat bulan depan tengok2 kanser dah stage 3,
14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,
1dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ????
bila giliran kiter agaknyer ??
Hospital kerajaan yang macam pasar basah tu boleh setel cepat ker?

Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding....
Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,
sedangkan doktor kerajaan pun byk yg amik insuran..
Kes elektif mcm kanser atau jantung, atau kritikal,
eloklah jangan ditangguh rawatan,
mcm mana nak cepat sbb kita bukan isteri perdana menteri....
nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
hospital swasta paham2 lah, bisnes tetap bisnes,
RM 20 000, buat kimo sajer, satu cycle jer,
tak masuk rawatan yang lain,
Bila dah kena, ada yang bergadai rumah, ada yang bergadai tanah,
Kos rawatan + kos sara hidup ( dah sakit tak bleh p kerja dah...)
Boleh cecah RM 100 ribu..ada yang lebih..
Kalau duit rawatan + duit sara hidup + kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?
Simpan RM 200 sebulan di ASB pun 10 tahun belum cukup RM 100 000..
Kalu simpan RM 200 di Takaful, esok dah ada dana kecemasan RM 150 000,
Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik Modal + Investment...
Ni pun tak boleh paham ker ?

Setengah orang kedekut..
kalau tak kedekut mungkin tak paham,
beli kereta bayar RM 500 boleh, RM 1500 pun takper, asal bergaye,
beli emas Ribu - ribu sanggup,
tap nak bayar 5% dari gaji bulan utk kecemasan rasa mahal,
sedangkan benda ni wajib + penting,
dana kecemasan la katakan,
kalau ada RM 150 000 dalam bank hari ni takper,
tapi kalu ada kecemasan RM 150 000 kena guna, habis lah duit you,
kene kumpul balik, kan ker baik kalau orang lain bagi RM 150 000 utk kecemasan,

Mahal ?
RM 200 mahal? RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????
Orang Cina bila dapat 1st gaji diorang tak plan nak beli kereta Honda,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji terus plan nak beli kurang2 Waja,
Orang Cina bila dapat 1st gaji, diorang pikir Investment, pikir Insurance,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji diorang pikir nak pakai kereta aper,
sport rim 17 inci wajib,

Perancang kewangan tak letih berkata
utk kereta tak lebih 12% dari gaji bulan,
Gaji RM 2500/sebulan patut beli kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan,
Wira second ok la../kenari second ker..utk permulaan.....
Tapi ramai tak ikut..gaji RM 2500,
beli kereta Honda City RM 600/sebulan.....24% dah tuh..
Perancang kewangan kater, 60% gaji utk hutang + perbelanjaan,
40 % utk investment, dana persaraan, insurance,
Orang melayu 99% gaji utk hutang + belanja sara hidup...1 % utk simpanan...
Beraper kerat jer orang melayu ada RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kerjer,
Bila orang suruh beli takaful / insurance.....mahal...tak cukup bulan2 nak bayar......
pakat2 la betulkan kedudukan kewangan korang semua....

Orang Kerajaan kadang-kadang berlagak,
Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
Betul tu,
Habis hari2 orang kerajaan masuk paper mintak derma mcm maner,
Kita bukan isteri Perdana Menteri,
Bukan juga adik Menteri,
Menteri dan PM sendiri pun cari hospital swasta utk rawatan, US lagi tuh,
Pegawai jabatan jer ? clerk jer ? Pegawai sains jer ?
Ketua Jabatan ? Pensyarah ? Ok la skit dengar bunyik nyer,
OK sebulan lagi datang balik buat Test tu Test ni,
OK tunggu result 2 minggu,
OK kena tunggu giliran buat pembedahan, mungkin 3 bulan lagi,
Senarai list 10 muka surat, tahun depan pun ada nak dapat giliran,
mintak maaf cakap, inilah realiti......

Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri,
Konon - konon Multi Nasional Company...
Majikan Cover la katakan...
Berapa ribu beb ? Sampai bila beb ? Berapa limit beb ?
8 bulan kena kanser tak p kerja Majikan nak cover lagi ker beb ????
pencen umur 55 thn habis takdak coverage dah...
86% warge tua melayu sekarang tiada coverage insurance..
golongan ni berada di tahun akhir 1970an dan 1980an...tengah kuat kerja mcm kita,
tapi masa tu insurans tak famous di kalangan orang melayu, haram...
sekarang ada satu pilihan jer lah...hospital kerajaan...
kalau nak ke hospital swasta...kena cari dana sendiri...
EPF ? untuk persaraan pun tak cukup ini kan pula nak tanggung medical...
Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia,

Tapi sampai bila ?
Itu pun kalau majikan masih sudi beroperasi di Malaysia,
Bisnes is bisnes, bukan badan kebajikan atau walfare...
kalau kos operasi dah mahal...pegi tempat lain la jwbnyer..
nak beli takaful masa umur 55? Besar belanjer nyer beb..itu pun kalau layak...


IKM-HUKM Hospital yg terbaik dari segi facilities bagi rawatan kanser,
Hospital Kerajaan nih,
Hospital Swasta n Kerajaan kadang2 akan refer sini,
Sini ada golongan yg tak perlu bayar, atau bayar seminimum yg mungkin,
ada yang kena bayar 100%..bagi yag ada coverage insurance, atau TOKEY KILANG,
boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ?
Cukup la loan rumah loan kereta dah beban dah.....
Kebarangkalian nak jatuh dalam GROUP tak payah bayar sangat lah rendah....
Second group kena bayar skit....skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ? tengok kes ler...
So, are we hoping for the luck to fall in the Not Need Pay Group ??
Husband kerja, wife kerja...boleh bayar bulan - bulan aper ....

Ibarat guna Kad kredit ler,
Kad kredit Visa Jammed, Gunerlah pulak Kad Mastercard,
(Mana2 yg pakai kad kredit, stop dan tukar pada Kad Debit plak...)
Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
Jahanam satu tayar, ada lagi satu tyre spare..
Sama juga kes you,
Mana boleh dapat rawatan kerajaan, pergi la takda masalah,
Tapi bila lambat dan waiting list panjang, pegi la hospital swasta nak cepat..
.( dengan coverage insuranse la yer...)

Kanser ker, masalah buah pinggang,
bila dah kena, keluarga merana,
isteri kena kanser suami merana,
suami kena kanser isteri merana,
kehilangan keluarga tersayang taktau nak cakap ler sedihnyer..

Kesian anak2...
Gaji kita..laki bini RM 3500 + RM 2500..wau RM 6000,
satu tumbang...tinggal RM 2500 jer..alamak duduk kat JB ni
dah la tak cukup...nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
kalau takdak insurans / takaful.....masuk paper ler mintak derma..

Tanggung sakit memang perit,
takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,
Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer,
Kalau dah sampai ajal, pergi jua...
Sekurang2nya kita mencuba dapatkan rawatan terbaik,
Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
sbb lambat dapat rawatan...why lambat ? tak der duit.....

Suami-suami yang menyayangi isteri...
Isteri - isteri yang menyayangi suami..
Lepas baca nukilan nih, bincang - bincanglah sesama sendiri,
Suami belikan takaful untuk isteri...
Takkan isteri nak beli untuk suami..
apa2 pun bolehlah...
--


Untuk keterangan lanjut hubungi
Hisham Hj Yusof
012 706 2276
 
Sponsored Post

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
ya ..insuran takaful mmg satu perlindungan dan pelaburan masa depan
diri sendiri mahupn waris:D
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,475
Reaction score
56
Points
120
biasala nie...
kalu insuran mesti dia cerita kisah² kemalangan, bencana dsb utk tarik pelanggan. bukannya aku nak cakap insurans nie tak bagus.

sama juga yg menyertai MLM, ayat dia camnie-camnie...
 

azizriadi

Active+ Member
Joined
Sep 4, 2007
Messages
4,117
Reaction score
58
Points
30
Bagus nukilan nie. Baru je tadi dalam yahoogroups geng2 belajar aku kat UTM, ada sorang member hantar minta bantuan utk pembedahan...RM 20,000. Dr nak buat cepat, sebab takut lagi mudarat. Tapi fund tak de.
 

poknik

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
14,004
Reaction score
280
Points
131
Bagus nukilan nie. Baru je tadi dalam yahoogroups geng2 belajar aku kat UTM, ada sorang member hantar minta bantuan utk pembedahan...RM 20,000. Dr nak buat cepat, sebab takut lagi mudarat. Tapi fund tak de.
orang melayu ramai yang masih mentaliti subsidi... yang dah kaya raya pun nak mengharap subsidi jugak.. kalo miskin tu lain citer le
 

azizriadi

Active+ Member
Joined
Sep 4, 2007
Messages
4,117
Reaction score
58
Points
30
orang melayu ramai yang masih mentaliti subsidi... yang dah kaya raya pun nak mengharap subsidi jugak.. kalo miskin tu lain citer le
Tugas kita kena educate diorang. Tak pe...pelan2 diorang akan sedar. Dah ramai yang sedar sekarang ni pun. Sebab tu ramai yang jadi agent insurance/takaful...tak kerja kerajaan. Kalau tak ramai yang nak keja kerajaan sebab dapat pencen dan dapat rawatan hospital kerajaan free....:D
 

jebatderhaka77

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
2,712
Reaction score
6
Points
25
biasala nie...
kalu insuran mesti dia cerita kisah² kemalangan, bencana dsb utk tarik pelanggan. bukannya aku nak cakap insurans nie tak bagus.

sama juga yg menyertai MLM, ayat dia camnie-camnie...
biase lah ni:D:D:D. yg tak biasenye bile dah terkene:D:D:D
 

caup2003

Fun Poster
Joined
Dec 8, 2007
Messages
535
Reaction score
0
Points
10
biasala nie...
kalu insuran mesti dia cerita kisah² kemalangan, bencana dsb utk tarik pelanggan. bukannya aku nak cakap insurans nie tak bagus.

sama juga yg menyertai MLM, ayat dia camnie-camnie...

mcm sama tapi berbeza bro....MLM nak generate income....tapi takaful/ins. nak protect income dr. kemungkinan musibah yg bro sebut kan kat atas tu....:)
 

Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
em....baik korang beli insurance nie..
in-case kalau jadi aper2,
kiter x taw kemudian hari,
kiter 1 family pun cover by insurance gak..
x der lah susah sgt di kemudian hari..:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register