BTC USD 28,558.3 Gold USD 1,968.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan hanya bercakap, anggota Parlimen juga perlu mendengar.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Malaysia perlu menerapkan budaya banyak mendengar pada persidangan Dewan Rakyat, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurutnya, perkara itu adalah sebahagian daripada intipati perbincangannya dengan anggota Perhimpunan Parlimen Majlis Eropah dari Switzerland, Andreas Gross, yang mengunjunginya di pejabat beliau di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Gross yang juga ahli akademik memaklumkan budaya itu adalah contoh demokrasi matang dan Pandikar Amin berpendapat ia perlu dipelajari oleh anggota Parlimen Malaysia.

"Beliau berkata kepada saya, kalau boleh dalam demokrasi ini jangan hanya banyak bercakap tetapi mesti juga banyak mendengar.

"Secara berseloroh saya kata kepada beliau, Parlimen Malaysia lebih banyak yang bercakap dan kurang yang mendengar sebab itu apabila mereka berdiri, sehingga 20 ke 30 orang bercakap serentak. Jadi apabila seorang bercakap, yang lain mesti mendengar," katanya kepada pemberita selepas kunjungan itu.

Gross yang dalam rangka lawatan enam hari di Malaysia mulai Ahad, turut mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin.

http://www.astroawani.com/news/show...p-anggota-parlimen-juga-perlu-mendengar-46150
 
Top
Log in Register