bmw_7series
Active Member
- Messages
- 1,556
- Joined
- Jun 4, 2007
- Messages
- 1,556
- Reaction score
- 16
- Points
- 25
Tahniah kepada PAS kerana telah berjaya menubuhkan kerajaan negeri yang kedua selepas Kelantan melalui PRU-12. Benarlah kata DS Anwar Ibrahim bahawa ini merupakan fajar baru ke arah negara Malaysia Baru yang melambangkan kepelbagaian agama, bangsa dan keturunan.
Tanpa mengira kaum dan agama, orang bukan Islam pun mengundi PAS maka dengan sebab itulah banyak calon PAS di kawasan bandar mencapai kemenangan. Begitulah sebaliknya iaitu orang Melayu (seperti saya mengundi calon DUN dan PARLIMEN, kedua-duanya bukan Melayu) tapi saya tetap pangkah mereka supaya menang dan menjatuhkan BN yang sombong dan bongkak.
Namun saya berasa agak terkilan kerana TG Haji Hadi terlalu gelojoh dan gopoh tanpa berpandu kepada senario politik semasa menyatakan bahawa kerajaan negeri PAS yang baru di Kedah akan melaksanakan undang-undang hudud. Mengapa terlalu ghairah sangat nak menjawab soalan wartawan lalu mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan kerajaan negeri belum lagi dibentuk dan mengangkat sumpah. Ke mana perginya hikmah sebagai seorang pemimpin Islam dalam sebuah negara yang majmuk?
Beliau sepatutnya menjaga hati pemimpin DAP yang turut sama membantu memenangkan calon PAS di kawasan bandar.
TG Haji Hadi pernah melakukan kesilapan besar semasa PRU-11 apabila mengeluarkan kenyataan bahawa kebanyakan pemimpin DAP umpama ”ubat yang telah tamat tempoh” Padahnya Terengganu tumbang kepada BN walaupun baru sepenggal memerintah.
Oleh itu saya menggesa kepimpinan BA supaya sentiasa menjaga mulut kerana media massa di negara masih berperanan sebagai pemutar belit kenyataan untuk faedah dan kepentingan BN.
Mereka akan mengumpul semua kenyataan tersebut untuk dipersembahkan kepada penguasa mereka. BN akan menggunakan kenyataan yang diputar-belitkan itu untuk melaga-lagakan BA.
Lupakah TG Haji Hadi bahawa tema manifesto PRU-12 ialah ”Ke arah Negara Berkebajikan”. Apabila ditanya wartawan elakkan menjawab secara ”direct” sebaliknya lencongkan sedikit jawapan bahawa BA akan tumpukan kepada menunaikan manifesto Negara Berkebajikan bukannya ke arah nak melaksanakan hudud dan Negara Islam dalam waktu yang terdekat..
Jika TG Haji Hadi terus bersikap ”suka lepas cakap” saya bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada hubungan yang terjalin antara BA semasa PRU-12 ini dan mungkin menyebabkan BA hanya akan memerintah untuk sepenggal sahaja.
10.03.2008
ni aku ambik dr sini..http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_pr01.html
ape komen forumer2 sekalian?
