balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SEREMBAN -Bekalan keperluan harian untuk sambutan Deepavali pada tahun ini adalah mencukupi.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata rakyat di negeri ini tidak perlu panik, sehingga membeli barangan keperluan dapur secara berlebihan kerana khuatir bekalan habis.
Katanya, isu kekurangan bekalan tidak wujud berikutan pemborong dan peniaga sentiasa mempunyai lebihan bekalan, selain memastikan ia mencukupi.
“Rakyat tidak perlu risau dengan bekalan keperluan untuk Deepavali ini kerana ia mencukupi.
“Isu kononnya bekalan kurang pada sambutan Deepavali kali ini tidak pernah wujud, berikutan kita sentiasa memastikan semua keperluan asas mencukupi, malah ia berlebihan daripada permintaan.
“Oleh yang demikian, masyarakat di nasihatkan supaya tidak menjadi pembeli panik dan membeli berlebihan kerana bekalan kita adalah mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan dan pemeriksaan harga anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Koperasi dan Kepenggunaan, di Pasar Awam Rantau, semalam.
Tambah Mohamad, disebabkan bekalan di negeri ini mencukupi pihaknya tidak membuat sebarang penambahan bekalan, berikutan bekalan sedia ada berlebihan berbanding permintaan.
“Selain itu, saya juga ingin menasihatkan kepada semua peniaga dan pemborong runcit di negeri ini agar tidak menyorokkan bekalan, sehingga boleh menimbulkan kerisauan di kalangan orang ramai.
“Jika didapati mereka melakukan ini (sorok bekalan) tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/jangan-buat-belian-panik-1.325944