BTC USD 61,427.1 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan beli rumah skang, simpan duit. 2016 musim rumah lelong

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
879
Points
161
Tulisan dari ejen hartanah:

Tahun 2016 ni nampaknya lebih mencabar bagi sektor hartanah. Hujung tahun 2015 pon dah nampak cabarannya. Nak loan macam dah susah sikit. Kalau lepas pon margin kena slash.. 80% ke. 85% ke. Even for 1st house.. Dan kalau perasan makin ramai pemilik hartanah jual hartanah mereka pada harga below market..

Bukan itu saja.. Kawan-kawan saya ramai yang kena VSS MSS dan macam-macam lagi term. BS pon ada.. Pendek kata dibuang kerja.. Atau tak kerja lagi dah
Apa-apa pon peluang masih banyak bagi yang nampak.. Dan ilmu hartanah lebih mudah dipelajari berbanding sebelum ni. Banyak free sharing.. Seminar dan TT berkaitan. Semuanya menyumbang kepada kerancakan industri hartanah

Developer antara yang paling terkesan.. Macam-macam strategi yang mereka terpaksa guna sekarang ni. Antaranya dengan buat open house.. Bagi property talk dan panggil ikon-ikon hartanah. Agensi-agensi hartanah dipanggil untuk memasarkan produk mereka.. Yupp. Bagus untuk kami as agent. Banyak JOb sekarang diberi pada kami..

Pemilik hartanah high end mengadu. Sewa tak dapat dah rate macam sebelum ni.. Ada turun sikit..
Sekarang adalah fasa defensive. Pelabur bijak beli jika betul-betul dapat good deal je.. -Mohd Safuan

#2016 ni is quite exciting for property market especially for those who have money.

End quarter 2015 ,banyak developer beri package yg gila2 menarik untuk tarik orang beli.O cost entry fee x payah cakaplah.berlambak.Discount up to 20% pn ada.Siap ada berlambak Free Gift.

For sub sale pula,owner pula sanggup menjual below market value! Dan sy dah mula nampak deal di mana owner willing untuk jual rumah tanpa deposit! X banyak.tp dah mula ada.

Maybe tekanan kewangan atau ada yg kehilangan kerja maka menjual Rumah adalah jalan terbaik untuk kurangkan kos kewangan yg ada.

Pasaran lelong pula dengar kata akan jadi rancak.Banyak Rumah akan dilelong akibat kegagalan membayar.

Jika pendapatan anda elok dan stabil atau anda ada kemampuan kewangan yg banyak try lah cari deal deal yg baik.


RAMALAN PASARAN HARTANAH TAHUN 2016

Ini adalah pandangan saya yang terlibat secara langsung dalam urusan jual beli hartanah. Oleh kerana ia adalah ramalan maka ia tidak seharusnya dijadikan sole guideline strategi anda.

RUMAH BARU

Projek baru oleh pemaju kecil bakal berkurang dengan drastik. Ini kerana kebanyakan bank sedang mengetatkan permohonan bridging loan memandangkan projek baru berhadapan cabaran berikut:

i. pinjaman bank pembeli ditolak berada pada kadar sangat tinggi

ii. persaingan projek yang berdekatan di sesetengah tempat

iii. ekonomi lembap menyebabkan keadaan tunggu dan lihat

Bagi pemaju besar (listed), mereka mampu meneruskan projek perumahan melalui self funding (jika perlu) dan mereka perlu mengekalkan aktiviti mereka (jika pun rugi) kerana KPI tertentu. Malahan, tawaran-tawaran rebat masih dibuat demi menarik minat pembeli bagi memastikan kadar tempahan yang tinggi.

Namun demikian, pemaju besar juga mungkin sekali akan menjadualkan semula (melewatkan) sesetengah pelancaran projek baru mereka.

RUMAH SUBSALE

Saya masih menjangkakan rumah subsale akan terpaksa dijual di bawah harga pasaran seperti tahun ini memandangkan suasana ekonomi sekarang.

Perlu diingat, banyak projek baru siap secara serentak dan banyak 'flipper jadian' tidak mempunyai holding power untuk melalui waktu sukar ini.

Dengan tawaran (rumah untuk dijual) lebih tinggi dan permintaan (pembeli yang layak membuat pinjaman perumahan) yang rendah, maka kelebihan di tangan pembeli.

Bagi pasaran harga di bawah RM400K mungkin sekali tidak terjejas kerana masih mempunyai pembeli yang ramai. Bagi harga di atas RM400K ini mengalami sedikit kesukaran bagi kebanyakan kawasan walaupun tidak semua.

RUMAH LELONG

Atas faktor ekonomi yang lembap keadaan berikut boleh berlaku:

i. pemberhentian kerja,

ii. bisnes ditutup,

iii. ketidakupayaan membayar pinjaman

Semua keadaan di atas boleh menyebabkan rumah lelong semakin banyak. Namun bagi rumah yang baru siap dan dilelong adalah amat tidak menarik di mana reserve price boleh sahaja bersamaan atau terlalu hampir dengan harga pasaran.

Walaupun ia adalah satu berita buruk bagi sesetengah orang namun ia adalah peluang bagi sesetengah orang yang lain.

Nota:

Projek terbengkalai juga mungkin meningkat kerana masalah aliran tunai di mana kos operasi bagi bisnes sekarang sangat tinggi berbanding ketika projection dibuat.

www.HamiziHamdan.com
www.npr.my

_________________________________________________________________________________________

Kita dah hampir penghujung 2015... harga rumah jatuh??? tak.. eh, yeker?

skang kita tengok projek2 new launch harga makin meninggi.. tambah2 lagi dipancing dengan booster2 berdekatan spt stesen MRT/LRT, shopping complex dan lain2... walaupun harga tinggi masih ramai yg membeli, cuma lambat sket lah nak sold out... ada yg dah berbulan2 dok jual tak laku2.. biasa la tu, unit sebesar 450 sqft dijual pada harga 500k keatas... unit yg lagi besar, lagi tinggi la harganya cecah jutaan ringgit... agak2 kalo tak laku2 projek ni, apa akan jadi? duit takleh claim dengan bank ikut progress, tapi projek mesti diteruskan sampai siap spt yg dijanjikan atau developer kena bayar LAD... developer yg cash rich mungkin takde masalah... developer yg baru nak up, cash tak berapa nak ada, lagi senang decare bankrup & projek terbengkalai... hehe...

Untuk pasaran subsale, skang aku tengok makin banyak rumah2 yg dijual dibawah harga pasaran... kalo rumah yg atas 500k tu, makin banyak diskaunnya... market price masih menten tinggi/stagnant disebabkan aktiviti mark up s&p... contohnya dataran otomobil... market price 230k, tapi hampir semua transaksi jual beli yg sebenar berlaku sekitar 200k je dan mereka mark up s&p utk dapat loan yg lebih banyak...

Rumah lelong pula semakin hari semakin banyak diiklankan... ni adalah comment banker yg aku slalu folow status die kat fb:

Dont be surprised bila bella ckp byk rumah y bakal di lelong utk tahun depan..
Hari ini saja bella terima 5 tugasan berat utk jd collector.. sebab dah 5bulan MIA and bank called x angkat langsung.. sikit hari lagi NPL lepas tu masuk list utk di lelong.. ��������
So those y agak tight dgn cash flow.. dtg ke bank and discuss what shud u do to avoid korang punye rumah kene auction..
��������
Nota Kaki utk arkib perpustakaan
--------------------------
MIA : Month In Arrears (Bulan y x buat bayaran)
NPL: Non-Performing Loan (Xbyr utk 4bln bturut2)

Towards the end of the year, directions pun berubah.. itu perkara biasa bila bekerja makan gaji..
Td ada short meeting dgn New BM.. discuss bout new direction of the bank and also forecasting bout market for 2016..
Kalau dengar memg SCARY..
Tp.. langgar n redah je.. jgn jd kan perkara y belum jadi tu sgt complicated.. sb bende2 y kite forecast or predict ni belum tentu tahap kebenarannya..
So.. look forward n keep moving..
Amek pen and ur plan book.. draw or write whatever ur plan..
All the best and gud luck ������
Counting days to 2016 dgn harapan dan semangat membara ������


insyaallah tahun depan dah bleh start shopping rumah lelong, kene pilih yg betul2 good deal lah, skang ni pon dah banyak good deal... target positif cash flow, beli lelong di kawasan2 yg hot... dalam keadaan gawat, nak dapat good deal senang...


p/s: skang ni pun kalo ada deal yg menarik, grab je... takyah tunggu2... aku pun dah rembat sbijik rumah lelong bulan lepas, teres 2 tingkat rm350k (market value 500k)


_______________________________________1/1/2015_______________________________________________

Ulasan tentang ekonomi oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisa Ekonomi) dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14).

Negara kita semakin menhampiri krisis kegawatan ekonomi. Ekoran harga minyak dunia yg semakin menurun, ringgit malaysia semakin tenat. Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutamanya muda mudi :

1. Berjimat cermat. Berbelanja bila perlu sahaja. Berhati hati dengan YES (YEAR END SALE) kerana pembaziran boleh berlaku dlm suasana SALE ini.

2. Elakkan berhutang kerana di masa akan datang interest dr pihak bank akan naik. Kelak kita akan MATI utk cuba membayar interest.

***3. JANGAN BELI PROPERTY dlm masa 2-3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun spt mana yg sudah berlaku di Singapura dan UK dek kerana 'OVERSUPPLY'. Tambah beliau di sekitar lebuh raya Kesas shaja, sejumlah 20ribu unit property yg sudah mendapat CF namun hanya 20-30% shja yg terisi. Oleh itu rancanglah utk memiliki sebuah property apabila hrga rumah turun dan EKONOMI kita semakin pulih.

4. Lakukan investment jgka masa pjg utk mengembangkan wang kita. Pelbagai investment yg ada spt insurans, tabung haji, unit trust, saham, dll. Jangan hanya menabung di dlm bank.

Selamat Menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini. Selamat Tahun Baru.

Aku setuju dgn pendapat dia..

Sekadar tambahan isi:

1. Aku kerja line construction ni. Mmg banyak developer skarang tgh consider hentikan development baru, sebab risau orang x beli. Alasan lambakan unit x terjual.

2. Kat JB, MPJBT dah cakap pembangunan serviced apartment takkan diluluskan dalam tempoh terdekat sebab dah terlalu banyak dibina, tapi yg beli x sampai 20%. Itu pon kebanyakan singaporean yg beli. Kuota 50% local hampir xde pon yg beli (contoh kawasan Medini)

3. Aku baru jumpa sorang officer bank. Dia cakap BLR akan naik kepada 7.05% 1st quarter dan mungkin akan cecah 7.5% dalam setengah tahun. So masing2 sediakan laa payung untuk penambahan bayaran balik bulanan

sejak beberapa tahun lepas lagi orang dok speculate yg harga rumah jatuh, sampai skang masih tak jatuh2 lagi, tapi ia stagnant dah... tak mampu nak menaik... sebab demand utk rumah atas stengah juta hampir takde.. rata2 org mampu beli bawah 400k jer...

pada aku, rumah utk duduk sendiri tu boleh la beli kalo kena dengan bajet.. aku pun dah ade rumah utk duduk sndiri (beli tahun 2011)... tapi kalo utk investment, aku hold dulu...
 
Last edited:
Sponsored Post

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
879
Points
161
Kalo dulu rumah2 kejap je abis... belum launch pun dh separuh org dalam beli... xsempat iklan lagi...

Tapi skangni dh banyak tak terjual... kebanyakkan org kita mampu beli bawah 400k je.. developer up harga sampai 600k hingga la juta2 harga utk teres 2 tingkat.. skang ramai yg dh tak mampu... tunggu dan lihat je la.. developer pon macam terdesak je skang... sampaikan terpaksa ke oversea utk promote rumah2 yg tak laku kpd komuniti2 malaysia kat sana.... aku pernah nak beli rumah tapi developer suruh pegi ofice.. urusan pakai pos tak dilayan, skang dari oversea pun diorang tolong uruskan jual beli.. nampak terdesaknya kan???
 

putrazan

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2010
Messages
3,359
Reaction score
10
Points
25
waaah... mari tunggu otai property masuk kasi ulas pandangan artikel ni
 

fingur

Fun Poster
Joined
Apr 27, 2014
Messages
788
Reaction score
1
Points
15
nsb baik aku tak terjebak dgn YES.
 

NoobFTT

Banned
Joined
Dec 14, 2012
Messages
2,798
Reaction score
4
Points
25
whoaa ini sudah bagus.. tunggu rumah merudum :D
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,159
Reaction score
589
Points
161
Instinct aku pun ada rasa tak perlu masuk property market ni dulu,diorang yg ada benefit tengah speculate,manipulasi harga...
 

jku8505

Active+ Member
Joined
Sep 11, 2009
Messages
2,672
Reaction score
17
Points
25
hrmm... aku mmg x bijak dalam hal ekonomi... tp dari segi pengalaman aku...
thn depan tahun paling mencabar bzns aku... sebab sekarang mmang slowww...:((
 

azzam77

Fun Poster
Joined
Dec 26, 2011
Messages
378
Reaction score
2
Points
15
Kalo dulu rumah2 kejap je abis... belum launch pun dh separuh org dalam beli... xsempat iklan lagi...

Tapi skangni dh banyak tak terjual... kebanyakkan org kita mampu beli bawah 400k je.. developer up harga sampai 600k hingga la juta2 harga utk teres 2 tingkat.. skang ramai yg dh tak mampu... tunggu dan lihat je la.. developer pon macam terdesak je skang... sampaikan terpaksa ke oversea utk promote rumah2 yg tak laku kpd komuniti2 malaysia kat sana.... aku pernah nak beli rumah tapi developer suruh pegi ofice.. urusan pakai pos tak dilayan, skang dari oversea pun diorang tolong uruskan jual beli.. nampak terdesaknya kan???




Betul tu..byk projek rumah launch jadik slow dah..tetiba kotak pos aku penuh pamplet rumah baru nak jual...dah siap pun ada...cuma nak tahu bila benar-benar dah rendah sangat...
 

exboy

Super Active Member
Joined
Oct 18, 2013
Messages
5,812
Reaction score
167
Points
73
Berape banyak agak2 turun harga rumah tu?

Kalau takat 5-10k xde beza
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register