Jangan bawa senjata tajam semasa pasang poster dan bendera: Polis

CG Sponsors




agenloan

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
4,242
Reaction score
50
Points
35
SHAH ALAM: Polis mengingatkan pekerja parti yang ditugas memasang bendera dan poster parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini agar tidak membawa senjata tajam seperti parang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, mereka yang didapati membawa senjata tajam di tempat awam boleh dikenakan tindakan termasuk ditahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.
"Tidak ada masalah untuk pasang bendera atau poster tetapi jangan bawa parang, walau apapun alasan ia tetap menjadi kesalahan bila dibawa (parang) di tempat awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini lima individu di Selangor sudah dituduh di mahkamah kerana melakukan kesalahan berkaitan PRU13.

Empat daripadanya ditahan di Hulu Selangor kerana kesalahan membawa senjata tajam manakala seorang lagi ditahan di Bukit Puchong, Puchong mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

Tun Hisan berkata, polis menerima purata dua aduan berkaitan perbuatan khianat sejak seminggu lepas, terutamanya membabitkan laporan merosakkan bendera parti.

"Kita menyiasat dan meneliti setiap laporan yang diterima dan meminta semua pihak supaya mengutamakan suasana aman sepanjang perjalanan PRU13," katanya.
Beliau turut mengingatkan semua parti politik supaya mendapatkan permit ceramah sepanjang tempoh berkempen bagi mengelakkan perkara tidak diingini dan memudahkan polis mengatur anggota bagi mengawal keadaan dan trafik. - BERNAMA
 
Sponsored Post

agenloan

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
4,242
Reaction score
50
Points
35
Macam2 hal la diorang ni, yang mana rasa samseng tu elok bawa pegi lahad datu je, berkawal kat sana
 

Syedz

CG Top Poster Club
Joined
Dec 23, 2008
Messages
21,981
Reaction score
108
Points
128
kena la bawak senjata,
pasang bendera malam2,
buatnya kena samun,
ada gak senjata nak dilibas kat perompak tu..
 

zassss

Banned
Joined
Apr 15, 2013
Messages
700
Reaction score
25
Points
20
come on la malaysian....

just pasang bendera je pun..

ape mau panas hati..
 

irsyadpenang

Active Member
Joined
Oct 31, 2007
Messages
1,400
Reaction score
15
Points
25
bawak salah tak bawak pun serba salah nak buat camna aihh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register