BTC USD 92,462.6 Gold USD 3,335.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan angkuh, mungkin keluarga ‘you’ akan kena – Ismail

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,797
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,797
Reaction score
6,913
Points
881
Awards
1
Jangan angkuh, mungkin keluarga ‘you’ akan kena – Ismail

AZMI YUSOFJuly 3, 2024

Dato' Sri Dr. Ismail Abd. Muttalib
KUALA LUMPUR: Dato’ Sri Dr. Ismail Abd. Muttalib (PN-Maran) menasihati seorang wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) agar tidak mempermainkan isu membabitkan penggunaan dadah.

Beliau berkata, masalah tersebut bukan sahaja membabitkan negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu sebaliknya ia menjadi masalah nasional yang perlu ditangani.

Menurutnya, beliau terlibat secara langsung dalam isu membanteras penagih dadah di peringkat akar umbi dapat melihat bagaimana ia membarah dalam setiap lapisan masyarakat.

“Apa yang disebut oleh Jelutong ni diambil kerana politik sahaja, jangan angkuh sangat mungkin keluarga ‘you’ akan kena benda-benda seperti ini, ingat jangan cakap besar.

“Benda ini bukan memilih sesiapa, tidak kira dia anak siapa termasuk Speaker Dewan Rakyat dan sebagainya sekalipun, semua akan kena kalau tidak bersungguh atasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, dalam sesi perbahasan yang sama, RSN Rayer (PH-Jelutong) memaklumkan empat negeri tersebut merupakan kawasan yang mempunyai bilangan penagih tertinggi di Malaysia.


Beliau memetik laporan berita tempatan pada 21 September lalu bagi menyokong dakwaannya bahawa negeri diperintah oleh Perikatan Nasional (PN) gagal mengawal kegiatan itu. – HARAKAHDAILY 3/7/2024
 
Sponsored Post

Belah pantai timur dan utara ni dekat dengan sempadan
Stok dadah mudah masuk
Itu ramai penagih kawasan sana
Belah sana ramai Bumiputera
Jadi bolehlah dikatakan ramai anak² Melayu yang dirosakkan dengan dadah

Setuju juga dengan kenyataan MP Maran ni
Tak boleh angkuh dan berlagak
Mana la tahu tiba² anak sendiri jadi penagih dalam duk berdegar² kata kat orang lain
 
Betul, isu dadah ni isu nasional, sesiapa pun yg politikkan mmg bodoh.

Isu libatkan kemanusiaan
Bila rosak generasi baru ni
Memang akan merosakkan keluarga juga bila mana mereka ni mula berkasar atau buat jenayah untuk dapatkan duit beli dadah
Kiranya jadi kesan domino

Tak kisah lah pihak politik mana pun memerintah
Memang kena perangi habis habisan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register