Santai Jangan abaikan haiwan peliharaan ketika cuti panjang - BOMBA

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226

SEGAMAT: Orang awam yang bercuti panjang sempena Tahun Baharu Cina dan meninggalkan haiwan peliharaan di kediaman masing-masing, dinasihatkan memastikannya tidak terabai.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Hazim Abd Razak berkata, haiwan peliharaan ditinggalkan di kediaman tanpa penjagaan harus dipastikan mendapat bekalan makanan dan minuman mencukupi ketika ketiadaan penghuni rumah.

“Dibimbangi haiwan yang ditinggalkan lama tanpa penjagaan akan bertindak agresif apabila kelaparan dan berusaha untuk keluar dari kediaman mencari makanan.

“Namun, kebiasaannya haiwan ini sama ada akan terperangkap di siling atau terselit di lubang sekitar kediaman menyebabkan kematian mereka,” katanya yang ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Segamat di Jalan Abdullah, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1, Iskandar Muhammad.

Katanya, berdasarkan pengalaman dilalui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika cuti panjang sempena musim perayaan lalu, terdapat beberapa kes panggilan kecemasan yang meminta bantuan bomba, namun haiwan peliharaan ditemui sudah mati.

“Alternatifnya, boleh meletakkan haiwan ditinggalkan itu di pusat jagaan haiwan persendirian atau meminta bantuan jiran menjaga kebajikannya buat sementara waktu,” katanya.

Mohd Hazim berkata, antara persediaan sempena Tahun Baharu Cina JBPM Segamat dalam menghadapi pelbagai kemungkinan kebakaran, termasuklah memastikan sebanyak 1,380 pili bomba di daerah itu berkeadaan baik.

“Penduduk juga diminta tidak melakukan pembakaran terbuka sekitar kediaman pada musim panas ini, apatah lagi meninggalkan apa yang dibakar tanpa pemantauan.

“Pastikan suis elektrik peralatan di kediaman terutamanya seterika ditutup sebelum meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung,”katanya.

“Tanggalkan juga kepala gas memasak bagi mengelakkan berlaku kebocoran gas kerana ia berisiko berlakunya letupan dan jika berlaku kecemasan hubungi Segamat di talian 07-9314444,” katanya.


 
Top
Log in Register