BTC USD 96,130.0 Gold USD 2,888.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Jambatan gantung dalam pembinaan runtuh

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,778
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,778
Reaction score
4,316
Points
266
Awards
1

JELI: Lebih 10 pengunjung yang sedang merakam gambar di jambatan gantung di Lata Keding di sini, terjatuh ke dalam anak sungai apabila jambatan dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, jambatan sepanjang 40 meter itu dipercayai runtuh akibat gagal menampung kapasiti pengunjung yang berlebihan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas ke lokasi peranginan yang dimiliki pihak persendirian itu.
"Mengikut maklumat yang diterima, kira-kira 10 pengunjung sedang berada di atas jambatan gantung setinggi 4.5 meter.

"Tiba-tiba jambatan yang sedang dalam pembinaan itu runtuh menyebabkan semua mereka terjatuh ke dalam anak sungai dan binaan itu juga turut terkena pengunjung lain yang sedang mandi.
"Notis mengenai pemberitahuan bahawa jambatan itu sedang dalam pembinaan sudah ditampal namun ada juga pengunjung yang tidak mengendahkannya mungkin disebabkan teruja dengan kewujudan jambatan gantung itu," katanya.
Ahmad berkata, ada beberapa daripada mangsa cedera dan sudah dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut.

jeligantung19_1616155641.jpg

Pengunjung yang terjatuh akibat jambatan gantung yang sedang dalam pembinaan runtuh tiba-tiba di Lata Keding di sini, tengah hari tadi. - Foto IHSAN PEMBACA
 
Sponsored Post

Takziah buat semua mangsa
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register