BTC USD 50,740.4 Gold USD 1,779.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jambatan angkat Kuala Terengganu dibuka September ini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,295
Points
236
Larangan Terbangkan Dron, Memancing Di Drawbridge Atas Faktor Keselamatan

21.07.2020 - Kuala Terengganu, Larangan menerbangkan dron dan memancing di kawasan jambatan angkat atau 'drawbridge’ di sini, adalah atas faktor keselamatan, kata Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd, Khalizan Mahmud.

Khalizan berkata pihaknya sedar larangan itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai seterusnya menjadi perbincangan hangat di media sosial.

Bagaimanapun katanya, tindakan drastik dan tegas dengan meletak papan tanda larangan memancing dan menerbangkan dron terpaksa diambil susulan berlakunya beberapa kejadian dron terhempas di bahagian bumbung menara dan kawasan persekitaran jambatan angkat berkenaan.

"TI Properties sebenarnya sangat menghargai dan berterima kasih kepada para penerbang dron yang telah memuat naik gambar-gambar dan video menarik mereka di pelbagai platform media sosial dan ia sedikit sebanyak membantu mempromosi serta memperluaskan lagi informasi berkaitan sektor pelancongan Terengganu.

"Bagaimanapun larangan tidak boleh terbangkan dron terpaksa dikuatkuasakan di kawasan jambatan angkat kerana kegagalan mengawal dron boleh menyebabkan ia terhempas sekali gus merosakkan bangunan 'skybridge' yang keseluruhan panelnya dibina daripada kaca serta membahayakan keselamatan orang awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu menurut Khalizan, larangan penggunaan dron di jambatan angkat juga terpaksa dikuatkuasakan kerana penggunaan dron boleh mengganggu sistem frekuensi operasi 'basscule', yang beroperasi menggunakan sistem gelombang frekuensi wifi.

Malah katanya pihak syarikat juga perlu lebih berhati-hati apabila ia turut melibatkan kawalan peraturan serta udang-undang yang diwartakan mengikut Akta Penerbangan Awam 1969 dan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 yang memerlukan setiap penerbang dron mendapat permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menjalankan aktiviti penerbangan.

"Kegagalan dalam mendapatkan permit penerbangan daripada CAAM boleh dikenakan denda minima RM50,000 atau tiga tahun penjara bagi individu atau denda maksima RM100,000 untuk badan korporat," katanya.

Sementara itu bagi larangan memancing pula Khalizan berkata, kawasan larangan yang dimaksudkan ialah di bawah jambatan dan sekitarnya yang menjadi tempat rekreasi orang ramai.

"Selain bimbangkan keselamatan pengunjung lain kerana aktiviti memancing yang melibatkan peralatan tajam, kami juga ingin memastikan kawasan itu bebas daripada sisa-sisa umpan yang jika ditinggalkan boleh mencemarkan pandangan dan berbau busuk,” katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1862840
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Messages
39,100
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,100
Reaction score
2,955
Points
206
Drawbridge jadi mangsa 'tangan gatal'

rsz_drawbri_1611562035.jpg


Kuala Terengganu: Tindakan pihak tertentu yang menconteng dinding bawah Jambatan Angkat atau Drawbridge yang menjadi ikon pelancongan di Terengganu cukup memalukan.

Contengan berbentuk lukisan dengan tulisan berwarna hitam dan putih di dinding bawah jambatan berkenaan mencemar pemandangan di situ.

Pengurus Pemasaran TI Properties Sdn Bhd, Mohd Nazahar Samsudin berkata, kejadian itu disedari pihaknya kira-kira dua minggu lalu.

"Kita kesal dengan kejadian ini kerana jambatan ikonik ini baharu saja dibuka dan menjadi tarikan pelancongan kepada pengunjung dalam dan luar negara.

"Memang ada pengawal keselamatan yang bertugas dan pengawal akan turun membuat pemantauan di bawah jambatan setiap dua jam.

"Mungkin kejadian ini berlaku ketika ketiadaan pengawal yang bertugas dan diharapkan kejadian sebegini tidak lagi berulang bagi menjaga kebersihan dan kecantikan Drawbridge ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jambatan ikonik yang bernilai RM248 juta itu menjadi jambatan keempat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berbanding hanya tiga sebelum ini, iaitu Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.

Ia mula dibuka kepada orang awam mulai jam 6 pagi pada 1 Ogos 2019 dan menjadi jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter serta mempunyai dua menara setinggi 16 tingkat.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,923
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,923
Reaction score
22,062
Points
1,671
Klo x sampai dah sini

Pkp pulak. Postpone lagi.

Ada idea x homestay mana nk check in dekat2 drawbridge ni
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,923
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,923
Reaction score
22,062
Points
1,671
Ada festival lampu katanya

FB_IMG_1634565538717.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register