BTC USD 23,122.6 Gold USD 1,927.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jambatan 242 tahun dilelong RM6 juta

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
du_05.1.jpg

GAMBAR fail menunjukkan Jambatan Tol Swinford di Oxfordshire, England.​

LONDON - Sebuah jambatan bertol sepanjang 4.8 kilometer di England yang berusia 242 tahun dilelong pada harga £1.08 juta (RM6.07 juta) kelmarin.

Jambatan Tol Swinford yang merentasi Sungai Thames dekat Oxford itu dibeli seorang pembida yang identitinya dirahsiakan.

Namun, pemilik jambatan itu akan dikecualikan cukai hasil kutipan tol.

Seorang jurucakap Majlis Daerah Oxfordshire berkata, pihaknya tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membelinya.

Jambatan yang dibina pada 1767 itu dilalui kurang empat juta kenderaan setahun dengan kadar tol sejak 1994 sebanyak lima pence (RM0.28) untuk kereta dan 50 pence (RM2.81) bagi setiap lori.

Pada asalnya, jambatan itu dibina dengan menggunakan dana Earl of Abingdon IV.

Jambatan itu kemudiannya dibeli oleh bekas juruterbang pengebom tentera udara Britain, Graham Smith pada 1985 dengan harga £250,000 (RM1.4 juta) tetapi dia meninggal dunia pada 2001 menyebabkan pewarisnya memutuskan untuk menjualnya. - Agensi
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register