BTC USD 37,666.4 Gold USD 1,773.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jamal Seru Artis Jangan Hisap Dadah

voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
016620634.jpg

Jamal Abdillah

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jamal Abdillah menasihatkan artis-artis serta anak muda supaya tidak sesekali terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Katanya, penagih dadah menghadapi banyak masalah termasuklah kewangan, kerjaya yang terumbang-ambing serta hubungan renggang dengan keluarga dan masyarakat.

"Isu yang lebih besar ialah macam mana sukarnya untuk berhenti daripada menjadi seorang penagih.

"Dengan apa yang saya lalui, saya mahu semua pihak dan para artis janganlah sesekali mencuba kenikmatan yang singkat ini," katanya pada sidang akhbar 'Sepetang Di Pengasih Bersama Media' di Rumah Pengasih di sini, Jumaat.

Rumah Pengasih ialah pusat rawatan dan pemulihan dadah yang diwartakan kerajaan dan mula beroperasi pada 1993.

016775408.jpg

Sidang akhbar 'Sepetang Di Pengasih Bersama Media' di Rumah Pengasih, Kuala Lumpur, Jumaat. - Foto THE STAR Oleh ART CHEN

Penyanyi yang terkenal dengan album Kekasih Awal Dan Akhir itu turut melahirkan kebimbangan seseorang yang menjalani rawatan pemulihan akan kembali menagih dadah sekiranya tidak mendapat sokongan masyarakat serta longgar pegangan agama.

"Tetapi kalau kita buka mata serta hati kita, kita boleh sama-sama kongsi pandangan bagi mengatasi gejala penyalahgunaan dadah.

"Kita nampak kerajaan telah menghasilkan banyak idea untuk menanganinya. Saya sebagai rakyat negara ini ingin menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk membantu," katanya.
 
Sponsored Post

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
jgn jadi mcm saya,itu dialognye.hehehehe
 

yayas

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Feb 20, 2006
Messages
3,788
Reaction score
79
Points
40
syukur alhamdulillah semoga Jamal ceria spt biasa,
jgn lupa solat sokmo dan berdoalah selalu,
yg penting kita selalu ingat Allah,
insyaalah Allah beri taufik dan hidayah kpd kita
amin
 

yayas

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Feb 20, 2006
Messages
3,788
Reaction score
79
Points
40
Rumah Pengasih adalah tempat terbaik utk rawatan pemulihan dadah masakini :)cgrock
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register