BTC USD 54,785.3 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jamal Abdillah Syukur Bisnes Lembu Dapat Untung

nanad

Fun Poster
Messages
642
Joined
Jul 7, 2011
Messages
642
Reaction score
35
Points
20
Screenshot-2024-07-16-at-08.56.13-630x406.png


Penyanyi berpengalaman, Datuk Jamal Abdillah bersyukur kerana bisnes ternakan lembu yang dilakukannya sudah pun membuahkan hasil.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali berkata, sebanyak 75 ekor lembu ternakannya berjaya dijual pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Raya Haji baru-baru ini saya dapat projek pertama saya sebagai penternak. Alhamdulillah, kerajaan negeri serta beberapa lagi badan bukan kerajaan ambil lembu daripada saya.
Mereka beli lembu saya dalam 75 ekor, tapi harapan saya adalah sebanyak 3,000 ekor. Jadi, tahun depan saya harap lebih banyak lembu saya terjual.
Jamal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Divas & Diamonds yang diadakan di Pavilion Cafe, The Royal Lake Club, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika ditanya bagaimana dirinya membahagikan masa antara kerjaya dan juga bisnes, pelantun lagu ‘Penghujung Rindu’ ini memaklumkan bahawa dia mampu untuk menguruskan bisnes dengan bantuan para pekerjanya yang begitu mahir.

Alhamdulillah saya boleh bagikan masa saya antara nyanyian dan bisnes. Lagi pula, saya memang ada pekerja-pekerja yang mahir buat perkara ini.
Menurut Jamal, bisnes ternakan yang dilakukannya ini merupakan satu ‘backup plan’ untuk kehidupannya di masa akan datang memandangkan usianya sudah semakin meningkat.

Insya-Allah ini adalah rezeki saya. Saya risau juga satu hari nanti hilang suara ke apa ke kan? Nak-nak pula saya dah berumur sekarang ini.
Badan saya pula dah ‘overweight’, jadi saya dah banyakkan bersenam sebab untuk kekalkan kualiti nyanyian saya perlu banyak bersenam.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register