BTC USD 42,195.2 Gold USD 1,748.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Jam Wear OS Akan Sokong Tambatan Fast Pair Tidak Lama Lagi

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Fast Pair adalah jalan penyelesaian Google untuk menambat pelbagai aksesori kepada peranti Android dengan lebih mudah dan pantas berbanding Bluetooth atau NFC. Terdapat lebih 100 peranti, termasuk Fitbit menyokong tambatan pantas ini.

Melalui kemaskini akan datang, Fast Pair akan menyokong lebih banyak peranti termasuk dengan jam tangan pintar Wear OS. Selain itu, kereta, pembesar suara dan pelbagai lagi peranti turut akan menyokong tambatan pantas ini. Menjadikan penggunaan seperti kunci kereta digital, kawalan Android TV jauh lebih pantas.

Dengan sokongan pada produk Sony, Microsoft, JBL, Philips, Google dan banyak lagi, Google menyatakan sudah 36 juta kali pengguna menggunakan kaedah tambatan ini.

Screenshot-39.jpg
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Samsung Bakal Umum Jam Tangan Pintar Dengan WearOS Minggu Depan

1624427586429.png

Bermula 28 Jun hadapan, acara terbesar Mobile World Congress (MWC) Barcelona akan berlangsung. Terbaru, Samsung mengesahkan untuk menyertai acara tersebut secara maya. Dalam kenyataan, Samsung bakal memperlihatkan ekosistem mereka yang lebih baik dan membantu penggunanya.

Selain itu, mereka turut mengatakan tentang jam tangan pintar baharu, mungkin Galaxy Watch4 atau Watch Active4 dengan sistem operasi Google WearOS.

Tambahan lagi, dijangka peranti lain turut akan diumumkan. Pun begitu, telefon boleh lipat Samsung mungkin dilancarkan Ogos nanti pada acara yang lain.

Apa-apa pun, sekiranya anda berminat untuk menonton acara Samsung ini, anda boleh tontonnya melalui laman Samsung atau YouTube Samsung.

Sumber asal Samsung
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register