Jam Tangan Mewah Ini Di Muat Dengan Enjin Bugatti Chiron - RM1.2J

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,376
Reaction score
3,327
Points
236
Hanya 250 unit jam tersebut dihasilkan.

Jacob & Co, syarikat pengeluar jam tangan ultra mewah telah buat pertama kalinya bekerjasama dengan pembina kereta ultra mewah dan terpantas di dunia, Bugatti.

Hasil kerjasama itu, mereka telah menghasilkan rekaan jam tangan yang dikenali sebagai Chiron Tourbillon. Istimewanya jam tangan ini adalah ia dimuatkan di dalamnya dengan replika enjin W16 yang menjadi nadi kepada model hypercar Bugatti Chiron.

Bukan sekadar statik, tetapi replika enjin yang lengkap dengan 16 omboh dalam jam tangan Chiron Tourbillon ini boleh bergerak.

Menurut Jacob & Co, jumlah komponen yang diperlukan bagi membina jam tangan ini melibatkan sebanyak 578 komponen berbeza. Komponen yang paling sukar untuk dihasilkan pula adalah bahagian aci engkol ( crankshaft).

Hanya sebanyak 250 unit jam tangan Chiron Tourbillon ini dihasilkan. Jika anda berminat dan mampu memilikinya, anda bolehlah menempah jam tersebut yang harga USD280,000 atau sekitar RM1.2 juta.


 
Top
Log in Register