BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Jalur Gemilang dipasang terbalik pada baju Lee Zii Jia

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,989
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,989
Reaction score
5,220
Points
486
Awards
1

Memalukan, Jalur Gemilang dipasang terbalik pada baju Lee Zii Jia​

WhatsApp-Image-2024-12-11-at-11.05.52-PM.jpeg


KUALA LUMPUR – Penaja pemain badminton perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia, VICTOR, tampil membuat permohonan maaf susulan kesilapan meletakkan bendera Malaysia secara terbalik pada jersi pemain berkenaan semasa Perlawanan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

VICTOR dalam satu kenyataan berkata, kesilapan itu tidak mencerminkan rasa hormat mereka terhadap Malaysia, lambang negara atau penghormatan mewakili negara di pentas global.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan yang dipamerkan pada jersinya semasa Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF hari ini.

“Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti, dan kami amat kesal dengan sebarang rasa tidak hormat yang tidak disengajakan disebabkan kesilapan ini,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh bagi memastikan kesilapan sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Zii Jia dilihat memakai jersi dengan bendera negara yang dicetak terbalik ketika perlawanan berkenaan.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna melahirkan rasa kesal dan berpendapat elemen penting pada jersi iaitu bendera negara tidak sepatutnya diambil mudah.

“Tak buat pemeriksaan kualiti ke? Ini bukan kesalahan biasa,” kata Walfqri.

“Rasanya dia tak perasan, sebab Ziijia ada tukar baju tadi, baju pertama bendera okay. Baju kedua ni bendera terbalik,” kata Anifa.

 
Sponsored Post

6257851429008031709_120.jpg


Victor Malaysia telah memohon maaf atas bendera Jalur Gemilang yang dijahit secara terbalik pada jersi pemain badminton negara, Lee Zii Jia.

“Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti, dan kami amat kesal atas sebarang ketidaksengajaan yang menyebabkan rasa tidak hormat akibat kesilapan ini.”
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register