BTC USD 41,788.3 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

jalan yang keliru!!!

AISYA SOFEA

Fun Poster
Joined
Apr 7, 2008
Messages
342
Reaction score
1
Points
15
Saya kurang percaya dengan kerja sikit... selepas itu beroleh wang dengan senang. Kerana:-

- Seakan-akan ada yang tidak kena.
- Seolah-olah ada pihak yang terpaksa menanggung beban atau pun ada pihak yang dijatuhkan untuk keuntungan yang didapati oleh diri kita.
- Saya juga rasa tidak puas dengan sikap kerja sikit. Kerana memang lumrah diri saya di mana kerja kuat baru dapat untung.
- Walaupun working smart wujud, tetapi selalunya jika lihat di dalam konsep judi, mesti ada pihak yang dijatuhkan atau terainaya demi kepentingan sesuatu pihak. Jadi dalam apa-apa skim yang agak aneh, kita harus cari siapa yang terjatuh.
- Lagi satu, proses yang berlaku di sebalik perniagaan dalam pelaburan tersebut. Saya tidak kisah Islamik mahu pun tidak tetapi saya berpegang pada beberapa teori (di mana memang sudah Islamik jika dilihat satu-persatu). Iaitu:-

Saya mesti tahu apakah perniagaan halal di belakang pelaburan skim tersebut.
Dari siapakah saya dapat keuntungan tersebut
Ada tak sebarang pihak yang terjatuh atau pun terainaya (tak guna jika kita jatuhkan orang lain demi kepentingan diri-sendiri walaupun keadaan kita sangat terdesak. Kerana ia akan memberi kesan yang mendalam dalam jangka panjang dalam masyarakat kita. Sebab ia suatu kesan jangka panjanglah ramai orang tutup sebelah mata dan pentingkan nafsu dan sekali gus tertolak agama)

Ramai orang berkata "Jika takut nak ambil risiko jangan melabur"
- Pada saya ayat itu tak penuh kerana perkataan risiko itu tidak berdasarkan pada apa-apa benda.
- Risiko apa?
- Risiko lingkup? Kenapa nak lingkup?
- Ada benda yang buat jadi lingkup?
- Orang tarik diri lepas tu lingkup?
- Ekonomi merudum lepas tu lingkup?
- Pelanggan kurang selepas tu lingkup?
- Atau kamu sendiri yang nak bagi saya lingkup?
- Risikonya atas dasar apa? Katakan!

Kita kena bijak, jaga kepentingan umum biar adil dan jaga halal dan haram.
- Di akhir zaman ramai orang akan terkena debu-debu riba' (dalam Quran ke Hadith saya tak pasti)
- Kalau dirujuk pada ayat di atas di mana orang kena debu riba' tu , memang ada betulnya kerana orang pakai tudung dah ada anak 3 orang pun ajak budak lepasan SPM main FOREX (apa nak jadi tu? dia tak baca ni ke? http://muslimkaya.blogspot.com/2006/11/huk...uran-forex.html
- Kalau betul sesuatu pelaburan tu begitu unggul dan boleh bawa untung berjuta-jutalah katakan kenapa dia tidak:-

Masuk surat khabar atau majalah?
Disertai oleh para ulama? Ulama bukan buta IT semuanya sekarang ini.(Hang tak tanya depa, mana nak ada jawapan bagi kemusykilan hang?)
Dijadikan satu cara untuk menyara hidup seperti kerja harian biasa? (Bolehkah semua orang di dunia duduk rumah goyang-kaki, hanya melabur dan tak perlu bekerja? Mustahilkan Sebab apa mustahil? Sebabnya baca ni http://skepdic.com/contents.html

Memang sukar untuk berbuat baik di akhir zaman ini. Kerana ramai yang cenderung kepada duniawi. Dunia ni hanya mempunyai 2 golongan secara logiknya.

1. Golongan yang mencari kebenaran
2. Golangan yang masih nak berseronok dan tertolak Quran dan Sunnahnya

Jadi jika ramai golongan yang nombor 2 dari yang nombor 1, tanyalah diri anda sendiri yang anda sekarang mahu berdiri di antara golongan yang mana?



p/s: apakah pandangan rakan-rakan sekalian???
 
Sponsored Post

eyza

Super Active Member
Joined
Mar 1, 2007
Messages
6,637
Reaction score
0
Points
60
panjang nyer..
huhuhu
rerama..sinopsis kan leh tak ..=)
 

irama

Active+ Member
Joined
Jan 26, 2008
Messages
4,391
Reaction score
0
Points
25
ni Aisya Sofea penulis novel Jauh tu ker?
 

azroy

Fun Poster
Joined
Oct 2, 2007
Messages
838
Reaction score
0
Points
10
ape2 je la labu..
hari tu bukan ko nak kutip sorang 10usd ke
main porex nie? mesti nk wt beli rokok nie:))
skang ape cite???

p/s: rekod x penah loss forex 2008 tuan tanah nie:eek:
 

Dann

Administrator
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,280
Reaction score
1,923
Points
101
Kalau dia start keluar bau-bau nak take deposit lagi dalam forum ni pls PM me. Semalam dah kena warning.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register