Jalan Utama Ipoh Ditutup Sementara Untuk Thaipusam

CG Sponsors




AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Jalan Utama Ipoh Ditutup Sementara Untuk Thaipusam
IPOH: Beberapa jalan utama di sini akan ditutup sementara esok bagi laluan kepada perarakan perayaan Thaipusam Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semua kenderaan yang datang dari arah Jalan Sungai Pari dilencongkan ke Jalan Guntung dan melalui Jalan Gurdwara untuk ke pusat bandar.

"Kenderaan yang datang dari arah Jalan Lahat dan Bulatan Medan Kidd dilencongkan ke Jalan Leong Boon Swee sehingga perarakan memasuki Jalan Sultan Yusof," katanya kepada pemberita hari ini.

Azisman berkata, kenderaan yang datang dari arah Bulatan Hospital dilencongkan ke Jalan Datuk Ahmad Said dan masuk ke Jalan Raja Ekram.

Katanya, semua kenderaan dilarang masuk ke Gunung Cheroh mulai pukul 6 petang esok hingga 3 pagi Ahad ini.Kenderaan yang melalui Medan Istan akan dilencongkan ke susur Jalan Raja Musa Aziz untuk pergi ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jalan Kual Kangsar, manakala semua kenderaan dari Jalan Kuala Kangsar dan Bangunan Pejabat Tanah Galian dilencongkan ke Jalan Istana untuk ke pusat bandar.

Penutup semua jalan itu adalah dari 6 petang esok hingga 3 pagi Ahad. - BERNAMA
 
Sponsored Post

am2020

Active+ Member
Joined
Nov 1, 2009
Messages
2,731
Reaction score
8
Points
25
ada alasan dtg kije lambat..hu hu hu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register