BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jalan mengenal kekurangan diri

syaqiq2312

Active+ Member
Messages
2,701
Joined
Jan 24, 2007
Messages
2,701
Reaction score
58
Points
35
Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya,
nescaya diperlihatkanNya kekurangan- kekurangan, kecelaan diri hamba itu.
Siapa yg penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi
kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu.
Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu,
nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya.
Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya,
malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya
daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri.
Barangsiapa ingin megetahui kekurangan dirinya, maka baginya tertentu empat jalan:
1. Berguru dengan yang Mursyid
2. Mencari teman yang benar
3. Mendengar celaan daripada musuhnya
4. Bercampur dan melihat gelagat kecelaan pada manusia lalu diperhatikan kembali pada dirinya akan kecelaan dan kekurangan yang ada pada diri nya.
(Petikan dari Kitab Ihya Ulumuddin)

Jadi sahabat2 CG lain, silalah tambah dan bincang2kan jalan untuk mengenal kekurangan diri.

Jadi disini kenapa perlu kita mengenal kekurangan diri,

sedangkan org barat pula menyuruh untuk mengenal kelebihan diri???

Adakah kita telah dijajah atas kata2 mereka, iaitu dengan

mengenal untuk menjadi seorang yang ego dan lupa diri?

Silakan tambah lagi....
 
kite insaf kalau merenung kekurangan diri...

tp kite akan riak kalau memikirkan keleBihan kite...​
 
bro kalau nak menGENAL DIRI lak cemana erkk bro....:">
 
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

Wallahualam, tak pasti siapa periwayat hadis berkenaan..
 
bro kalau nak menGENAL DIRI lak cemana erkk bro....:">

ermmm, nak mengenal diri kena tanya diri dalam diri.

Diri dlm diri tuu macam mana lak?

Mcm mana lak nak tahu dah kenal diri...

ishhh awak nie, tolong betulkan kalau ada salah, sebab yg saya

tahu nak kenal kucing reti lah...:D
 
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

Wallahualam, tak pasti siapa periwayat hadis berkenaan..

masalahnya skang ramai org tak jujur dan suka bodek. dpn sume ckp baik, blkg baru ckp yg tak baik
 
masalahnya skang ramai org tak jujur dan suka bodek. dpn sume ckp baik, blkg baru ckp yg tak baik

Umat Islam wajib beriman pada Al-Quran (Kitab) dan Hadis (Rasul Allah)
 
ermmm, nak mengenal diri kena tanya diri dalam diri.

Diri dlm diri tuu macam mana lak?

Mcm mana lak nak tahu dah kenal diri...

ishhh awak nie, tolong betulkan kalau ada salah, sebab yg saya

tahu nak kenal kucing reti lah...:D

adeh bahasa peringkat tertinggi ustaz nie susah nak faham....:">...

p/s...minyak kelapa dara sebotol.....:D...jgn lupa....:">
 
Back
Top
Log in Register