BTC USD 69,708.7 Gold USD 2,421.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Jalan Berlubang?.. Report di My Jalan

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
6,816
Joined
May 12, 2011
Messages
6,816
Reaction score
1,076
Points
156
banana-tree.jpeg

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 14,031 aduan seperti jalan rosak dan berlubang menerusi aplikasi MYJalan bagi tempoh Ogos 2023 hingga 19 April lepas.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata daripada jumlah itu, 27 peratus atau 3,776 aduan melibatkan jalan seliaan Jabatan Kerja Raya, manakala 73 peratus atau 10,255 di bawah tanggungjawab kementerian lain.

“Bagaimanapun, kami mengambil tanggungjawab bukan hanya ingin menjaga jalan persekutuan, lebuh raya dan jalan negeri, kami juga menyalurkan maklumat terbabit kepada kementerian berbeza termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk “Bangsa Usahawan dan Kerajaan Perpaduan” terbitan Bernama TV malam ini.

Ahmad berkata pihaknya juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu yang berkaitan dengan kementeriannya setakat ini, manakala selebihnya masih dalam siasatan.

“Kami ada prosedur operasi standard yang akan sentiasa diperbaik, jika ada jalan berlubang di lebuh raya dan kawasan jalan persekutuan ia hendaklah ditampal dalam masa 24 jam. Setakat ini, 100 peratus kita tampal dalam tempoh 24 jam atau kurang,” katanya.

Aplikasi MYJalan merupakan inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan yang dilancarkan secara rasmi pada 2 Ogos 2023.

Sponsored Post

jkr ni nak senang je..

trik depa senang... malas nak turun site.. buat apps

lepas tu rakyat yg kene report kerosakan.. cukup data jkr compile sembang sekian2 perlukan 100juta kt meeting... bila pusat tanya mana bukti?? tunjuk je report aduan awam..

last2 dpt la dana berjuta2.... tapi repair ke tak????

fikir la sendiri
 
Sedap dapat jalan2 site visit.
 
KKR.813374.jpg

aku pernah buat aduan guna app MyJalan mcm kat atas ni
nombor rujukan KKR.813374. aduan dibuat pada 5 April 2024
harini dah masuk 20 hari mengikut kalendar masih krik krik lagi. masih mood raya gamaknya.
masih memantau cepat tak diorang respons

air dari lembah tepi highway melimpah ke lorong motosikal.
lokasi di antara kwsn lepas tol batu 3 (yg dh dimansuh) dan exit Subang Jaya
time musim hujan ni lagi la motor kena redah banjir & jem sebelah pagi
sapa2 yg lalu federal highway guna motor dari arah shah alam ke KL/PJ akan tau hal ni

Federal Highway Route 2 memang di bawah penyelenggaraan JKR
 
Silap tulis la tu bukan 24h tapi 24 hari...takpun 24 tahun
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register