BTC USD 97,285.3 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jakim diminta sedia laporan babit puja guru agama

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,445
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,445
Reaction score
6,723
Points
881
Awards
1
Jakim diminta sedia laporan babit puja guru agama



MOHD NA'IM
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyediakan laporan berhubung video tular membabitkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar mengalun bait tertentu dalam bahasa Arab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Jakim juga diminta untuk membawa perkara berkenaan kepada pihak berkuasa agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah untuk tindakan.

“Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohd. Na’im, agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan iaitu Jakim, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia diminta untuk melipatgandakan usaha.

“Ini bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah,” ujarnya.

Terdahulu, tular video di media sosial kumpulan berkenaan mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab yang didakwa memuja dan memuji secara melampau seorang guru agama dari negeri utara dilihat boleh membawa kepada amalan kekultusan. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register