BTC USD 37,712.9 Gold USD 1,775.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JAKIM Diarah Siasat Agama Bapa Murid Bawa Nasi Goreng Sosej **** Ke Sekolah - Nazri

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
JAKIM Diarah Siasat Agama Bapa Murid Bawa Nasi Goreng Sosej **** Ke Sekolah - Nazri

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah mengarahkan bahagian penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej **** ke sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas mengenal pasti status Beginda Anak Minda atau Noor Azman Abdullah, siasatan boleh dijalankan terhadap dakwaan anaknya Basil Anak Beginda dirotan guru akibat kejadian itu.

Katanya status agama Beginda perlu disiasat kerana mengikut keputusan muzakarah Fatwa Kebangsaan apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

"Selepas itu (baru) boleh sampai kepada kesimpulan apa juga keputusan tentang itu boleh tentukan kepada kenapa budak ini dirotan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Akhbar pada 5 Nov lepas melaporkan seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita Parti Keadilan Rakyat kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej **** ke sekolah.

Sehubungan itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak Datin Fatimah Abdullah berkata Jabatan Pelajaran Negeri itu akan meneliti kes berkenaan selain mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah.

Pada sebelah petang, Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching) memberitahu pemberita bahawa Basil bukan orang Islam berdasarkan status agama bapanya dalam sijil kelahiran kanak-kanak itu dan sijil perkahwinan ibu bapanya yang dihantar melalui e-mel kepadanya oleh ibu kanak-kanak itu hari ini.

"Menurut sijil itu, bapa kanak-kanak itu, Beginda Anak Minda tidak mempunyai agama manakala ibunya, Angela anak Jabing adalah Kristian. Jadi berdasarkan ini, kanak-kanak itu dibesarkan sebagai seorang penganut Kristian menurut agama ibunya," katanya.

Katanya persoalan yang berbangkit sekarang ialah kenapa Basil dirotan penolong kanan sekolah itu kerana membawa sosej **** ke sekolah.

Beliau mendakwa bahawa menjadi kebiasaan bagi kedai kopi di Sarawak menjual makanan hahal dan tidak halal di tempat yang sama dan bagi orang Islam dan bukan Islam untuk makan di meja yang sama.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,741
Reaction score
563
Points
171
Masalah kat Malaysia ni. Kalau muka dan nama ala2 melayu je terus syak orang tu berugama Islam.
 

nenas_pahit

Fun Poster
Joined
May 3, 2010
Messages
596
Reaction score
3
Points
15
kihkih....hai memacam hal la...sepatutnya cikgu jangan la terus menghukum...siasat n tegur yg cara elok....
 

justeayoes

Active Member
Joined
Jan 2, 2009
Messages
1,808
Reaction score
5
Points
25
apsal bdk tu plk kena? pdhal parent yg bekal.. adess laa
 

modengster

Active Member
Joined
Jul 28, 2010
Messages
1,147
Reaction score
35
Points
30
sekolah tak tahu/tak ingat kot status agama budak ni...
yelah dah bapak jadi calon PKR untuk pilihan raya guna nama islam...
dah tentu lah org ingat family dia pon islam...
rupa2nya free thinker...
 

haniefmunchkien

Active Member
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,190
Reaction score
442
Points
51
isu2 yg brkaitan islam semakin mencabar di malaysia akhir2 ni. isu2 yg dulu nampak remeh tapi skang dah jadi complicated. dulu org x pernah terfikir nak bwk bekal daging khinzir gi sekolah sbb melambak lg daging lain boleh dimakan. tp org skang dah tak reti nak jaga sensitiviti awam. kalau ada org persoalkan apa yg dia buat terus je dia refer federal const pasal hak kebebasan, semata2 nak julang yg dia atau diorang ada right. habis diorang tak terfikir apa right bagi islam sebagai agama rasmi dan any right related with public. puncanya sebab meletakkan perlembagaan persekutuan utk menjaga islam dan bukan sebaliknya. jangan anggap isu bekal bab1 ke sekolah sebagai isu remeh. tp isu mcm ni adalah indicator kpd loophole yg ada dlm sistem perundangan malaysia skang. :)
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
hahahahaha,x kisah le islam ke tak biar jelah nak bawak daging ape2 pun,kata sekular so xde masalah bab halal x halal nih
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,791
Reaction score
533
Points
171
ada ke pekeliling pasal larangan membawa makanan ke sekolah..kalu ada xkisah la islam ke x...mmg ke na hukum dan ibu bapa di minta bagi penjelasan kat sekolah...tapi sbb isu ni la...ada adun kn halau dewan rakyat smalam....huhuhu
 

orange76

Super Active Member
Joined
Aug 12, 2008
Messages
6,658
Reaction score
5
Points
65
dah agak kalau isu babitkan agama....mesti ada puak cinapek ni jadi jurucakap nak perhangat...WTF!!! kes namawee senyap...apa keje ko nazri???
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register