BTC USD 67,641.9 Gold USD 2,345.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jakim anjur program kerohanian ambang tahun baru 2024

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
50,796
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
50,796
Reaction score
6,228
Points
881
Awards
1
Jakim anjur program kerohanian ambang tahun baru 2024

Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun baru 2024 pada Ahad ini di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan hari ini berkata pelbagai aktiviti kerohanian diadakan di masjid yang terlibat sebagai alternatif kepada masyarakat Islam di negara ini yang menjadi kelaziman menyambut tahun baru masihi.

Beliau berkata antara aktiviti yang dirancang ialah bacaan Surah Yaasin, majlis zikir dan doa selamat di Masjid Negara.

"Di Masjid Putra pula, selain aktiviti bacaan Yaasin, zikir dan doa selamat, akan turut diadakan ceramah khas ambang tahun baru yang akan disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah, serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Naib Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2022 Ustaz Aiman Ridhuan.


"Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula menampilkan program khas Ambang Gema Syukur dengan pengisian Kuliah Maghrib Khas, sesi Tadabbur Surah Al-Mulk dan refleksi," katanya.

Hakimah berkata Program Kerohanian Ambang Tahun baru akan diteruskan pada Isnin ini dengan acara Qiamulail Tahun baru; Solat Subuh berjemaah; Ceramah Khas Subuh 4 GAZA yang akan disampaikan oleh salah seorang aktivis Palestin Dr Abdelrahman Ibrahim.

Beliau berkata selain itu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut membuka aktiviti gerai jualan yang mana sebahagian hasil jualan akan disumbangankan kepada tabung Palestin.

"Jakim ingin mengajak seluruh lapisan masyarakat hadir beramai-ramai bersama ahli keluarga untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti kerohanian.

"Di samping bermunajat dan berdoa semoga negara kita dijauhi dari segala musibah, bala bencana dan wabak penyakit, doa juga dipohon agar Palestin diberikan keamanan dari pergolakan yang berpanjangan," katanya.

- Bernama
 
Back
Top
Log in Register