BTC USD 35,983.0 Gold USD 1,815.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

*Jakim akan panggil ustaz berhubung isu mandi Safar

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
*Jakim akan panggil ustaz berhubung isu mandi Safar*
Kota Bharu: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil seorang ustaz sekiranya perlu berhubung kuliah agama mengenai mandi Safar yang tular sejak kelmarin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara itu sudah dalam pengetahuan pihak jabatan agama negeri.

Beliau berkata, berkaitan amalan mandi Safar yang tular itu, ia adalah khurafat dan perkara itu sudah disebut dalam hadis Bukhari dan sahih Muslim bahawa tidak ada kesialan dalam bulan Safar.

"Ini antara amalan jahiliah yang kita kena buang serta ubah masyarakat kita supaya tidak menganggap bulan Safar sebagai bulan sial.

"Nabi menegur kerana perkara ini berlaku sejak jahiliah dan pada zaman Nabi pun, sudah ada sehingga Nabi sebut dalam hadis bahawa tidak ada kesialan dalam bulan Safar.

"Jika masyarakat kita cuba hidupkan kembali amalan mandi Safar ini, seolah-olah ia kembalikan kepada zaman jahiliah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada 18 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainah, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial kuliah agama menerusi dalam talian seorang ustaz berhubung amalan mandi Safar.

Menerusi kuliah berkenaan, ustaz terbabit mengatakan mandi Safar itu adalah mandi pada hari Rabu terakhir bulan Safar sebagai usaha menolak bala.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya mengarahkan Jakim dan jabatan agama negeri supaya memantau kuliah agama oleh pemegang tauliah yang bebas mengajar di masjid dan disiarkan melalui media sosial.

"Pihak kita sudah ada perbincangan secara dalaman terhadap apa saja isu yang tular dan kita memohon pihak berkuasa agama meneliti isi kandungan penceramah," katanya.

=======================😎
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Nuar for pm

DS Anwar Ibrahim telah memansuhkan topik 'Mandi Safar' dalam silibus buku teks TataRakyat sekolah rendah ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia adalah satu jasa yang besar dalam menyelamatkan akidah umat daripada perbuatan khurafat dan tiada nas. Semoga DS Anwar terus istiqomah dalam prinsip mempertahankan akidah umat Islam.

Dr Tanaka Mustafa
Ketua Angkutan Muda Keadilan

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
Mandi safar bole tolak bala

kalu pegi kuil hindu
Bila beli kete, dia suh sami tu mandikan
Utk tolak bala 🤣
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
Tok singa akan pertahankan ajaran ustaz muhaizad
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1

Hentikan polemik Mandi Safar​

November 29, 2021
IMG-20211129-WA0004-696x391.jpg

ISLAM pada asasnya merupakan agama yang meraikan adat, tradisi dan kebudayaan manusia. Selagi mana adat, tradisi dan kebudayaan tersebut tidak bertentangan dengan akidah dan syariat, maka ia bebas untuk diamalkan. Namun jika sebaliknya, ia mesti ditinggalkan atau diletakkan garis panduan.

Inilah yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W ketika Baginda berhadapan dengan masyarakat jahiliyyah yang bergelumang dengan bermacam perkara syirik dan khurafat dalam adat dan tradisi mereka.



Demikian juga dalam sesetengah adat, tradisi dan kebudayaan masyarakat Melayu, terdapat sebahagiannya yang perlu dihentikan kerana bertentangan dengan akidah Islam. Mandi Safar adalah antara tradisi yang sekian lama diamalkan oleh masyarakat Melayu atas kepercayaan menolak bala pada bulan Safar, khususnya pada hari Rabu terakhir bulan tersebut.

Walau bagaimanapun, dengan dakwah dan usaha gigih para ulamak terdahulu, masyarakat semakin meninggalkan tradisi berkenaan sehingga ia menjadi begitu asing untuk diamalkan. Kini, jabatan-jabatan agama negeri hanya merekodkan beberapa kes Mandi Safar yang dikategorikan terpencil. Ini menunjukkan umat Islam sudah mula memahami agama secara sahih dan berfakta. Bukan sekadar mengikut tradisi semata-mata.

Beberapa jabatan mufti telah pun mengeluarkan fatwa khusus atau irsyad hukum berkenaan Mandi Safar seperti Jabatan Mufti Sabah dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Fatwa atau irsyad hukum tersebut lebih kepada memberi tahzir (amaran) dan penerangan kepada masyarakat. Walaupun pada hakikatnya Mandi Safar tidak lagi memerlukan fatwa memandangkan ia adalah perkara khurafat yang jelas bertentangan dengan agama.

Di peringkat kebangsaan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Bil. 3/40/96 yang bermesyuarat pada 7-9 Ogos 1996 telah meluluskan Garis Panduan Khurafat dan Azimat JAKIM yang memasukkan Mandi Safar sebagai salah satu perbuatan khurafat. Garis Panduan ini telah menjadi rujukan kepada semua jabatan agama negeri dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang bentuk kegiatan khurafat yang berlaku di negeri masing-masing.

Justeru, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat berkenaan kedudukan Mandi Safar. Adalah berpada bagi kita sebagai pendakwah atau ilmuwan agama untuk menjelaskan kekhurafatan Mandi Safar menerusi Hadis Baginda S.A.W yang masyhur:

لا عَدْوَى وَلاَ طِيرَةَ ولا صَفَرَ وَلاَ هَامَّةَ

“Tidak ada penyakit berjangkit (dengan sendiri), tidak ada kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat, tidak ada kesialan dalam bulan Safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu.”

(Riwayat al-Bukhari (5770), Muslim (2220))

Al-Munawi menukilkan pandangan al-Baidhawi mengenai Safar yang mengatakan ia ditafsirkan sebagai satu penafian kepada kepercayaan yang mengatakan bahawa bulan Safar adalah bulan musibah dan bulan berlakunya fitnah. Rujuk Faid al-Qadir syarh al-Jami’ al-Saghir (6/433)

Ibn Rajab al-Hanbali menukilkan, antara pendapat ulamak mengenai Safar adalah kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyyah akan berlaku perkara buruk apabila masuknya bulan Safar. Mereka menggelar bulan Safar sebagai bulan sial. Maka Nabi S.A.W menolak kepercayaan demikian. Pandangan ini dinukilkan oleh Abu Daud daripada Muhammad Bin Rashid al-Makhuli. Rujuk Lataif al-Ma’arif fi ma li mawasim min al-Wazaif (m/s 135-136)

Berdasarkan keterangan di atas, ia menunjukkan amalan Mandi Safar yang berasaskan kepercayaan bulan Safar sebagai bulan pembawa musibah atau bala adalah bertentangan dengan penafian Rasulullah S.A.W dalam Hadis tersebut. Maka menjadi tanggungjawab semua pihak sama ada pihak berkuasa agama mahupun para pendakwah untuk bekerjasama bagi memastikan perkara ini dapat dibanteras sebaiknya.

Pada masa yang sama, sebarkan kepada masyarakat iktikad yang benar mengenai musibah dan bala bencana. Ia tidak berlaku disebabkan kesialan tahun, bulan, minggu, hari atau masa yang tertentu, tetapi dengan kehendak dan izin Allah S.W.T. Firman-Nya dalam surah al-Taghabun ayat 11:

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ‎﴿١١﴾

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Apa yang penting sebarkan doa-doa Rasulullah S.A.W yang boleh dibaca setiap hari bagi menolak sebarang musibah dan bala bencana. Antaranya seperti Hadis Riwayat Uthman bin Affan, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

“Sesiapa yang membaca:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika Subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).””

[Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’uth Hadis ini adalah hasan]

Semoga semua kita diberi hidayah dan sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
29 November 2021 – HARAKAHDAILY29/11/2021

Sumber Asal:
 

qubs

Super Active Member
Messages
9,934
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,934
Reaction score
281
Points
91
alhamdulillah
masih ada yg berani menegur & perbetulkn keadaan
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1

[Hadis Berkenaan Umur Jibril... - Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith | Facebook​

[Hadis Berkenaan Umur Jibril Adalah Palsu Menurut al-Syeikh Abdullah bin Muhammad bin al-Siddiq al-Ghumari]

Tular pula video ini di tiktok yang dibaca oleh Saudara Muhaizad. Video yang disertakan dengan muzik latar membangkitkan unsur dramatik dan mampu menarik minat orang ramai untuk mendengarnya. (Boleh tengok video ini tanpa muzik latar di link berikut: https://youtu.be/dLdKNVm4fT0 - tonton bermula minit: 2:41)

Persoalannya adakah hadis yang beliau bacakan ini sahih?

Saya kira biarlah al-Syeikh Abdullah al-Ghumari sendiri yang menjawabnya. Saya nukilkan perkata beliau di sini:

"Diriwayatkan dalam sebahagian kitab-kitab al-Maulid al-Nabawi daripada Abu Hurairah beliau berkata: Nabi sallallah alaih wasallam bertanya Jibril Alaihissalam, lalu berkata: Wahai Jibril, berapa engkau diberikan umur daripada tahun-tahun? Dia berkata: Wahai Rasulullah, saya tidak tahu tetapi pada hijab yang keempat ada satu bintang yang terbit pada setiap 70 ribu tahun sekali. Saya telah melihatnya sebanyak 72 ribu kali. Lalu Nabi bersabda: Demi keagungan Tuhanku, akulah bintang itu.

Dan (hadis) ini adalah DUSTA LAGI BURUK. MOGA ALLAH BURUKKAN SIAPA YANG MEMALSUKANNYA DAN MENIPU TENTANGNYA". (Murshid al-Ha'ir)

Bagi yang tidak mengenali siapa Syeikh al-Ghumari, beliau adalah seorang tokoh yang pro sufi.

Siapa sayang pada Nabi sallallah alaih wasallam perlu banteras hadis palsu ini daripada disebarkan. Ayuh pencinta Nabi, kita halang penyebaran hadis palsu.

Dr Rozaimi Ramle
 

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,900
Joined
May 29, 2008
Messages
18,900
Reaction score
7,991
Points
481
Awards
1
Banyak lagi mandi2 yang nabi ajar..
Cth mandi time hujan pun ada keberkatan nya..

Rujukkan..

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register