BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jaket Mirip 'Keyboard' Dijual RM2,890

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836

Jaket mirip 'keyboard' dijual RM2,890​

TERJEMAHAN SINAR HARIAN
30 AUG 2023

2326591.png

Jaket rekaan Liminal Work berbentuk keyboard yang dijual sejak bulan lalu. - Agensi


NEW YORK – Sebuah syarikat pereka fesyen mereka sebuah jaket unik mirip papan kekunci atau keyboard yang menampilkan 54 huruf aksara yang diletakkan secara berasingan di pakaian tersebut.

Perekanya, Liminal Work berkata, idea mereka jaket tersebut muncul selepas melihat susunan papan kekunci komputer dan mengaplikasikan rekaan dalam fesyen pakaian mengikut citarasa terkini.

“Jaket ini diperbuat daripada nilon kalis air selain beberapa poket mempunyai zip dan bahagian bawah yang boleh laras mengikut keselesaan pemakainya,” katanya.

Malah, jaket ini dikatakan sesuai digunakan pada musim sejuk dan turut selesa dipakai semasa cuaca kurang panas.

Syarikat ini mengeluarkan hanya dua kombinasi warna hitam kelabu dan putih kelabu. Harga dijual di pasaran sekitar AS$623 (RM2,890). – Agensi


 
Back
Top
Log in Register