Jaket Hitam "Tutup Dosa"

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,201
Reaction score
2,104
Points
226
19.08.2019 - Kuala Lumpur, Seorang lelaki menggunakan jaket hitam untuk menutup beg tangan wanita yang dicurinya di kedai emas di dalam pusat beli-belah di Kuala Lumpur, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, mangsa bersama suaminya memasuki premis itu pada 4.25 petang.

Katanya, ketika mereka sedang leka melihat barang kemas, suspek yang bercermin mata itu memasuki premis lalu mengambil beg tangan wanita yang berada di atas kerusi.

“Lelaki itu terus menutup beg tangan terbabit dengan jaket hitam dipegangnya lalu segera beredar sebelum wanita itu menyedari beg tangannya hilang pada 4.51 petang.

“Bagaimanapun, perbuatan suspek berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, wanita terbabit kehilangan kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit, kunci kereta, jam tangan dan telefon bimbit.

Menurutnya, polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun jika sabit kesalahan.


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/487435/jaket-hitam-tutup-dosa
 
Sponsored Post

amirbsp

Active Member
Joined
Sep 25, 2013
Messages
1,297
Reaction score
25
Points
30
licik, truly nice work... benda menjadi kebiasaan pada dia....
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,040
Reaction score
2,420
Points
191
pencuri skang mana bley carik makan..

kat mana2 ada cctv..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register