Jaja nama Pengarah JPJ negeri

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376
KUALA TERENGGANU – Niat baik Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie membenarkan seorang lelaki mengutip derma daripada kakitangan jabatan itu dikesan telah disalah guna.

Lelaki berusia 50-an yang mendakwa dirinya mengalami penyakit hati membawa surat pengesahan daripada pihak hospital sekitar Oktober lalu, kini menjaja nama Abdul Rahman untuk mengutip derma di sekitar daerah ini.

Menurut Abdul Rahman, sebelum ini dia pernah membuat satu memorandum bertulisan tangan bagi membolehkan lelaki itu mengutip derma hanya daripada kakitangan di pejabatnya di sini.

Katanya, dia berbuat demikian kerana kasihan mendengar cerita mengenai penderitaan dan kos yang terpaksa ditanggung lelaki itu.

Kosmo
 
Top
Log in Register