BTC USD 41,802.9 Gold USD 1,776.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 JAIS Tidak Kenakan Bayaran Pengurusan Jenazah

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,311
Reaction score
14,998
Points
2,376
COVID-19 | JAIS Tidak Kenakan Bayaran Pengurusan Jenazah

Tiada sebarang bayaran atau caj dikenakan Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS kepada keluarga atau waris setiap jenazah pesakit COVID-19.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, ketika menafikan dakwaan sesetengah Badan Bukan Kerajaan, NGO itu sebaliknya berkata, bayaran hanya dikenakan pihak pengurusan tanah perkuburan termasuk kos membuat keranda jika perlu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,311
Reaction score
14,998
Points
2,376
Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata JAIS komited dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang mengetepikan kepentingan umum dan mengeksploitasi keadaan genting ini untuk kepentingan yang lain.

Beliau berkata dakwaan dan tuduhan dari sesetengah pihak atau NGOi tertentu bahawa JAIS menghalang mana-mana NGOi dari terlibat dalam pengurusan jenazah COVID-19 adalah tidak berasas sama sekali.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,451
Reaction score
21,620
Points
1,671
Debu tayamum cuma RM17 tapi caj RM700

SHAH ALAM - Pihak yang menguruskan jenazah Covid-19 di Selangor diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan caj mencecah RM700 hingga RM1,800 bagi kos pengurusan mayat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, beliau menerima aduan daripada waris yang mendakwa kos pengurusan mayat pesakit Covid-19 terlalu tinggi dan membebankan.

Menurut beliau, harga sebotol debu tayamum misalnya RM15 sahaja, tetapi pihak terbabit didakwa mengenakan caj tayamum mencecah RM700 kepada waris.

"Malah, beg mayat yang digunakan bagi menggantikan kain kafan dan PPE (Pakaian Perlindungan Diri) disediakan oleh pihak hospital secara percuma," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Rabu.

Selain itu, katanya, sanitasi jenazah pula dilakukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelas beliau, setiap kali berlaku kematian Covid-19, emosi waris sangat terganggu dan tidak stabil kerana tidak boleh melihat, mencium, mendakap apatah lagi menguruskan jenazah berikutan prosedur operasi standard (SOP) daripada KKM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Waktu inilah kartel jenazah Covid-19 mengambil kesempatan menyantuni waris semasa di hospital kerana dalam fikiran waris yang sedang bersedih mereka hanya mahu memastikan jenazah disayangi dikebumikan pada kadar segera," katanya.

Justeru, katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta menyiasat segera perkara itu dan menghentikan aktiviti terbabit daripada terus berleluasa.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...nazah-Covid-19-diingat-tidak-ambil-kesempatan

 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,128
Reaction score
2,780
Points
201
Memang tak paham mentaliti rakyat mesia ni terutama nya yg acah2 beragama melayu islam

Memang keturunan penyamun agaknya
Dr level bawah sampai la ke atas
2x5 scammer
Da kemaruk nak kumpul duit pegi haji express kot ni
Kene buat satu akta utk penonggeng agama

Kalu kapir ke athiest ke kita paham la jugak 😂
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,451
Reaction score
21,620
Points
1,671
Kos urus jenazah pesakit COVID-19 melampau, aniaya keluarga - NGO

KOTA BHARU: Bayaran pengurusan jenazah pesakit COVID-19 di negeri ini iaitu antara RM1,300 hingga RM1,800 yang dikenakan terhadap keluarga disifatkan melampau, sehingga menekan golongan kurang berkemampuan.

Bayaran itu pula bukan kos keseluruhan sehingga pengebumian, sebaliknya hanya membabitkan urusan memandikan jenazah menggunakan kaedah tayamum sebelum dikafankan sahaja.
Keadaan itu memaksa keluarga yang tidak mampu memohon bantuan badan amal atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Itu yang didedahkan sebuah NGO, Tengku Harith Team Ventures yang terlibat dalam kerja-kerja amal mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit COVID-19 di Kelantan.

Pengasasnya, Tengku Harith Tengku Abdul Azis, mendakwa caj yang dikenakan oleh pihak yang terbabit dalam pengurusan jenazah itu di hampir semua hospital di Kelantan mencecah antara RM1,300 hingga RM1,800.

"Caj berkenaan terlalu tinggi dan membebankan sedangkan harga debu tayamum tidak sampai RM10 setiap pek, yang boleh digunakan untuk proses tayamum enam jenazah," dakwanya ketika ditemui Astro AWANI.

Beliau dan pasukannya yang sudah menguruskan lebih 50 jenazah pesakit COVID-19 mendakwa, pernah mengajukan isu mengenai caj yang tinggi itu kepada pihak pengurusan hospital sebelum ini.

"Rata-rata rata pengurusan hospital terkejut mendengar aduan yang saya kemukakan dan bertanyakan kepada unit forensik masing masing," katanya.

Malangnya, dakwanya unit forensik pula menyalahkan pihak pengurus jenazah yang dikatakan dilantik dan dipilih oleh pengurusan unit forensik itu sendiri.

Dakwanya, pengurus jenazah juga pernah diajukan soalan itu namun tidak mengaku mengenakan bayaran sedemikian.

"Saya panjangkan perkara berkenaan kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan terkejut apabila Maik memaklumkan pihaknya menetapkan kadar harga RM200 sahaja bagi kos tayamum.

"Jadi timbul persoalan, siapa yang menetapkan harga setinggi RM1,800 untuk tayamum (pengurusan jenazah)... pihak forensik atau tukang mandi jenazah (pengurus jenazah) yang dipilih oleh pengurusan forensik?," soalnya.

Beliau juga mendakwa, caj yang dikenakan terhadap keluarga itu tidak disertakan resit atau butiran terperinci.

Mengulas lanjut, katanya bukan sahaja kos pengurusan mayat atau tayamum yang perlu dijelaskan oleh keluarga, sebaliknya kos lain juga.

Antaranya, termasuk kain kapan melebihi RM100, keranda antara RM200 hingga RM300 dan upah gali liang lahad (RM250-300).

Menurut Tengku Harith yang juga Pengerusi Amalvalley Organization Kelantan, pihaknya bersama beberapa gabungan NGO menyediakan bantuan pengurusan dan pengebumian jenazah pesakit COVID-19 secara percuma.

"Ahli keluarga atau waris cuma perlu membayar kos keranda sahaja iaitu RM200 jika mampu. Jika sebaliknya kita akan berikan secara percuma. Kos yang lain termasuk tayamum, kafan, solat jenazah, kenderaan jenazah dan sebagainya adalah percuma," katanya.

Katanya, mereka bekerjasama dengan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), JNZA Gaung Global dan Jawatankuasa Surau PPR Kota Bharu.

Sementara itu, Setiausaha Maik, Mohd Rasani Ramli, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan daripada NGO berhubung isu berkenaan.
Menurutnya, susulan aduan itu Mei lepas, Maik telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat bersama pengurusan hospital di seluruh Kelantan.

"Hasilnya Maik telah menetapkan kadar RM200 bagi kos tayamum dan menggariskan harga pengurusan jenazah bagi negeri Kelantan yang perlu diikuti oleh semua imam masjid, pihak pengurusan jenazah dan sebagainya" katanya kepada Astro AWANI.

Astro AWANI akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Jabatan Kesihatan Negeri termasuk sama ada pihak pengurus jenazah yang dilantik mematuhi arahan Maik.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,311
Reaction score
14,998
Points
2,376
PENGURUSAN JENAZAH COVID-19 | Hospital Di Perak Tidak Kenakan Caj

Hospital di Perak tidak mengenakan sebarang caj bayaran bagi pengurusan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata pihak hospital menyerahkan jenazah COVID-19 yang beragama islam kepada Jabatan Agama Islam Perak untuk pengurusan seterusnya.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,311
Reaction score
14,998
Points
2,376
COVID-19 | Tiada Bayaran Urus Jenazah Pesakit COVID-19 Di Terengganu

Kerajaan negeri Terengganu tidak mengenakan sebarang bayaran bagi kos pengurusan jenazah pesakit COVID-19.

Timbalan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri, Ahmad Shah Muhamed berkata ia merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri yang prihatin selain ingin meringankan beban waris yang baru kehilangan ahli keluarga.

 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,128
Reaction score
2,780
Points
201
Alhamdulillah

Jgn lupa claim khairat kematian skali drp kerajaan negri akibat covid
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,311
Reaction score
14,998
Points
2,376
Alhamdulillah

Jgn lupa claim khairat kematian skali drp kerajaan negri akibat covid

Mana boleh claim
Claim ja
Hak buat keluarga terlibat
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,451
Reaction score
21,620
Points
1,671
Klo dah 1500 berat nak bayar tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register