JAIP tarik balik kenyataan yoga haram

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Credits
0
IPOH - Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury semalam berkata, fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ia diperkenankan oleh Sultan Perak.

Bercakap kepada Bernama, bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apa-apa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.

"Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.

Sebuah akhbar kelmarin menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.

Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan.

kalau dah tau kena dapat perkenan Sultan baru boleh diterimapakai kenapa tergesa-gesa buat kenyataan akhbar lepas tu tarik balik. Isu macam nie ler yang mengelirukan rakyat dan buat rakyat tak hormati institusi agama Islam

:mad:
 
Sponsored Post

anuarinvestor

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
10,529
Reaction score
143
Points
123
Credits
0
Boleh lak main tarik2 balik..........
 

Gila Komik

Banned
Joined
Apr 1, 2008
Messages
24,363
Reaction score
3
Points
115
Credits
0
laaa tarik2 lak...tp aku tetap x amal kan yoga ni...tang mne yg leh sihat nye aku pn x tau hehehe
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
Credits
0
erm... dunia sekarang.... antara tanda zaman dah semakin hampir..

"Hilangnya ilmu dari dada2 manusia"...
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
Credits
0
inilah tanda2 x bersatu..
sesuatu yg amat memalukan.. nk tunggu rasmi dulu baru leh wat kenyataan.klu x .. kena gam ke. walau fatwa kebangsaan da keluar? maknanya kena ikut fatwa negeri plak yer~X(~X(.. menyedihkn..
---kuasa dunia---#:-S
 

kambing gurun

Active+ Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
3,252
Reaction score
1
Points
25
Credits
0
Patutnye, bile semua dah sepakat kat semua peringkat.. Barulah buat pengumuman kat media.. Apa punye sengallah diorg nih.. Xtahu protokol ke? Media pun 1, x check dulu ke?? Main blasah je kluar statement..
~X(
 

yoko

Fun Poster
Joined
Jun 10, 2008
Messages
602
Reaction score
0
Points
10
Credits
0
Aku memang tak bersetuju praktis yoga ini diharamkan secara keseluruhannya. Kebanyakan praktis yang dijalankan yang membabitkan orang Islam hanyalah satu cabang dari banyak cabang2 yoga itu sendiri. Biasanya kelas2 yoga yang dibuka untuk orang2 Islam dan bukan berugama hindu hanyalah lebih pada gerakan yang diselaraskan dengan teknik pernafasan yang membawa kepada kekuatan jiwa dan minda, tidak ada pemujaan atau matera2.

Kenyatan Majlis Fatwa mengatakan yoga boleh membuat mereka yang berugama Islam terpesong ada lah satu kenyataan yang menunjukkan mereka yang berugama Islam dan mengamalkan Islam amat rapuh ilmu dan imannya. Ini akan menunjukkan kepada agama lain bahawa Islam ini Ilmunya tidak cukup kuat dan mereka2 yang berugama Islam mudah terpesong.

Dalam hal ini ramai juga yang mengatakan kenapa mesti memilih yoga sebagai senaman jiwa dan minda selain solat 5 waktu bagi yang berugama Islam ? Tidak cukup sempurnakan solat 5 waktu itu ? .....

Sebenarnya solat 5 waktu itu cukup sempurna kalau dikaji dikupas apa tujuan setiap pergerakan dalam solat dan juga penjagaan dan kawalan pernafasan dalam gerakan solat 5 waktu disamping surah2 atau bacaan dalam solat itu yang dibaca dengan penafasan yang betul ia akan menjadi solat lebih hebat dari yoga. Tapi dimana ilmuan ilmuan islam yang sepatutnya mengkaji dan mendedahkan lebih teperinci pergerakan solat itu. Kenapa perlu takutkan yoga boleh memesongkan akidah sedangkan Islam itu ugama yang unggul dan solat itu sememangnya lebih baik dari senaman2 lain seperti tai chi , yoga dan lain2 ....tapi hendaklah dijalankan dengan betul dari segi pergerakan , pernafasan dan juga bacaan dan akhirnya juga akan membawa kepada penyatuan. Andainya kajian dapat dibuktikan kepada mereka yang bukan berugama Islam bahwa solat 5 waktu itu lebih baik dari yoga aku pasti lebih ramai mereka yang berugama lain akan turut serta menghayati Islam sebagai amalan hidup.
 

edrais

Fun Poster
Joined
Dec 22, 2005
Messages
734
Reaction score
37
Points
20
Credits
0
sekarang dah jadi hukum sultan, bukan hukum allah lagi dah.#:-S


majlis fatwa pun satu, dah haram tu camna boleh sultan halalkan lak.:eek:

korup sekorup-korupnya la malaysia nie.
 

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
Credits
0
srabut la dey....
bole lak main tarik2 blk fatwa....
~X(~X(~X(~X(~X(~X(
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,193
Reaction score
93
Points
80
Credits
0
mungkin Perak bukan maksud tarik hukum, hukum ttp ada, utk diwartakan di Perak prosedurnya kena tunggu perkenan Sultan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register