Jagalah Gigimu, Kerana Gigimu Sangat Bermakna

CG Sponsors




chulax12

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,401
Reaction score
635
Points
151
Gigi yang kuat adalah sebuah kurniaan yang ramai orang selalu ambil mudah. Perubatan atau sebarang rawatan yang berkenaan dengan gig sebenarnya agak mahal jika dibandingkan dengan rawatan sakit biasa.

jagalah gigimu, kerana gigimu sangat bermakna





Penjagaan gigi adalah sangat penting dan berikut disenaraikan perkara yang anda sepatutnya tidak lakukan bagi mengekalkan kesihatan gigi yang elok

  1. Mengunyah ais
Hal ini merupakan kegemaran sesetengah orang. Yang lagi setengah tak dapat nak buat sebab gigi mereka akan ngilu. Kunyahan ais boleh menyebabkan gigi retak kerana ianya keras. Dan beku. Jikalau terkena tisu lembut di dalam mulut, anda juga akan mengalami kesakitan gigi yang agak kerap.

  1. Bersukan tanpa menggunakan pelindung mulut
Peringatan ini adalah untukmereka yang gemar akan ‘contact sport’ atau sukan bersentuh seperti bola sepak, rugbu, hoki, dan lain-lain. Anda perlulah memakai pelindung mulut untuk menjaga kesihatan gigi anda. Malang tidak berbau kecuali selepas ia berlaku. Kadangkala ia berbau seperti darah.

  1. Puting botol susu
Tips ini adalah untuk ibu-ibu dan bapa-bapa untuk jangan begitu kerap berikan anak-anak putting. Mulakanlah penjagaan gigi daripada kecil. Sesungguhnya, anak anda akan berterima kasih dengan anda kerana gig mereka cantik dan teratur.

  1. Ubat batuk gula-gula
Hanya kerana namanya ubat, tidak semestinya ia sepenuhnya baguhs untuk anda. Untuk mengekalkan kemanisan, ia mempunyai kandungan gula yang agak banyak. Anda juga tahu apa maksudnya itu. Ya, mulut akan bertambah asidik dan seterusnya boleh merosakkan gigi. Pastikan anda berus gigi selepas habis menelan gula-gula tersebut.

  1. Air bergas
Rasanya, ini mungkin kali ke 500 anda mendengar berita atau orang cakap air bergas itu tidak berkhasiat. Setiap botol aor bergas boleh mengandungi 11 sudu gula! Untuk menambahkan lagi kejahatan air bergas ini, ia mengandungi asid fosforik dan sitrik yang juga menghakis enamel pada gigi anda.

Kebanyakan tips ini adalah perkara yang selalu anda dengar. Jadi apakah alasan anda untuk terus melakukannya?

Sumber: WebMD
 
Top
Log in Register