BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadual Harimau Muda di Slovakia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
Selepas squad Harimau Muda A (Olympic Malaysia) tewas 0-1 ditangan Chelsea, Pada esok hari Harimau Muda A berlepas ke Zlaté Moravce, Slovakia sebagai persiapan untuk kumpulan Kelayakan Asia Olimpik 2012. Latihan lima minggu ini akan berakhir dengan kembalinya mereka pada Ogos 28, 2011

Empat pemain terbaru (Yang bukan dari Harimau Muda A) disenarai buat kali pertama iaitu: Azrul Azmi (Felda United), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur), Izuan Solahuddin (Kelantan) dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor PKNS).

Tujuh pemain skuad Olimpik yang kini bersama squad kebangsaan untuk bertemu Singapura ditepikan dari latihan di Slovakia. mereka adalah Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA), Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A) dan Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan FA).

Tujuh perlawanan persahabatan diaturkan di Slovakia melibatkan enam pertemuan dengan pasukan Liga Divisyen Satu Slovakia dan satu bertemu pasukan olimpik eropah.

Harimau Muda A bertemu FK Bodva Moldava nad Bodvou di perlawanan pertama Harimau Muda. Harimau Muda berjaya menang tipis dengan keputusan 1-0 dijaringkan oleh Wan Zack Haikal di minit 47.’

Jadual Perlawanan:

  • Julai 26, 2011: Harimau Muda 1-0 FK Bodva Moldava nad Bodvou | Penjaring: Wan Zack Haikal 47′
  • Julai 30, 2011: Harimau Muda vs MFK Topvar Topolcany
  • Ogos 2, 2011: Harimau Muda vs Tatran Liptovský Mikuláš
  • Ogos 9, 2011: Harimau Muda vs Budapest Honved FC
  • Ogos 16, 2011: Harimau Muda vs MFK Dolný Kubín
  • Ogos 23, 2011: Harimau Muda vs FC Nitra
  • Ogos 26, 2011: Harimau Muda vs FC Levice

Skuad 23 pemain:

  • Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee
  • Penjaga Gol: Zamer Selamat, Izham Tarmizi Roslan, K. Sasikumar;
  • Pertahanan: Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin, Fandi Othman, Affizie Faisal Mamat, Azrul Azmi, Syazwan Tajuddin, Nazmi Faiz Mansor;
  • Tengah: Ferris Danial Mat Nasir, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Faizal Abu Bakar, Abdul Shukur Jusoh, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham;
  • Penyerang: Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Izuan Solahuddin.

Highlight Perlawanan ke 2


Keputusan Perlawanan ke 3

MFK Tatran Liptovský Mikuláš 1 - 2 Olympic Malaysia
Penjaring: Ahmad Hazwan Bakri, Irfan Fazail


Sumber
 
Last edited:
x de siaran langsung ke? adoi!...

apek mesti jadi kipe utama...baru mesia ada harapan menang!
 
takde live kat ARENA ker?
:D:D:D
 
FAM x mo wat LIVE ke game ank rimau
FAM nie mmg CILABI....
better bubar jer...
dah muak aku tgk muka2 depa nie...
:mad::mad:
 
bulan puasa tu.... semoga mereka lebih kuat dan tabah di bulan yang penuh mulia ni...
 
Back
Top
Log in Register