BTC USD 57,380.3 Gold USD 1,795.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadikan kursus BTN prasyarat bakal mahasiswa

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PARIT 19 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) mencadangkan semua bakal mahasiswa dihantar mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) terlebih dahulu sebelum menjejakkan kaki ke universiti.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kursus itu juga wajar dijadikan prasyarat bagi mereka yang akan diterima sebagai kakitangan kerajaan serta peminjam pelbagai skim yang disediakan kerajaan.

“Buat masa ini kursus BTN dikenakan ke atas mereka yang sudah jadi mahasiswa dan kakitangan kerajaan, jadi Perkasa cadangkan ia dilakukan lebih awal kepada semua yang terlibat tanpa mengira kaum.

“Tambahan pula sekarang sudah ada kerajaan negeri yang menghalang kakitangannya menyertai BTN, jadi lebih baik dilakukan lebih awal bagi menanam semangat jati diri dan nasionalisme,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Perkasa cawangan Perak yang dirasmikan Tan Sri Sanusi Junid di sini hari ini.

Ibrahim berkata, selain menumpukan kepada pencapaian akademik, kerajaan tidak boleh lupa tentang kepentingan dan kesedaran anak-anak muda terhadap agama, bangsa dan negara.

Jelas beliau, golongan mahasiswa, kakitangan awam yang baru serta mereka yang ingin membuat pinjaman kerajaan perlu faham tentang Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta konsep Raja Berperlembagaan kerana ia merupakan tunjang pembentukan Malaysia.

“Saya ingin menegaskan kursus BTN merupakan perkara yang sangat penting bagi mengatasi strategi pembangkang yang jelas mahukan konsep sama rata, sama bangsa dan sama rasa.

“Slogan itu nampak ideal tetapi ia akan membawa keburukan pada masa akan datang. Kalau mahu sama rata kita kena sama ratakan ekonomi semua kaum dahulu, tidak boleh dikuasai oleh satu kaum saja,” ujar beliau.

Ibrahim pada masa sama menggesa kerajaan bertegas dalam memberi hak kerakyatan kepada mana-mana individu demi keselamatan negara.
 
Sponsored Post

nashburn

Super Active Member
Messages
6,374
Joined
Mar 8, 2008
Messages
6,374
Reaction score
68
Points
70
BTN bukannya menanam semangat cintakan negara,
lebih kepada semangat cintakan BN
 

habiburrahman

Super Active Member
Messages
7,016
Joined
Feb 1, 2009
Messages
7,016
Reaction score
194
Points
78
Aku rasa yang patut kene sumbat dalam BTN ialah golongan katak mcm Pak Brahim Li tu..
 

eday84

CG Top Poster Club
Messages
27,695
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
kalau buat utk semua, kena la tukar modul ekekek..
pastu kene la terima tutor2 dan pensyarah tajaan kerajaan dari semua kaum..
banyak nak ubah tu tapi change is good
 

podgie

Active+ Member
Messages
4,245
Joined
Jun 23, 2008
Messages
4,245
Reaction score
1
Points
30
skang nk jadi dealer celcom pn kena p BTN jgk..xbley skip2..dasat penangan BTN ni
 

mygol

Super Active Member
Messages
5,761
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
baik ckp terus BTN akan diterapkan dari darjah 1 hingga universiti....
sbb tu kaum lain kalau boleh x hantar anak kat IPTA....ramai hantar ke luar negara...x banyak karenah...
 

zinedine

Banned
Messages
5,741
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
BTN langsung takde unsur-unsur keIslaman. Lebih banyak unsur kekapiran.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register